Peluang Untuk Marselino Ferdinan Cipta Penampilan Sulung Di Belgium Lebih Awal?

Pemain bintang Indonesia iaitu Marselino Ferdinan dilaporkan mungkin akan mencipta penampilan sulung beliau dengan lebih awal di Belgium tidak lama lagi.

Sebelum itu, Marselino telah pun mengesahkan diri beliau selaku pemain di kelab divisyen kedua Belgium iaitu KMSK Deinze setelah mencipta persoalan mengenai destinasi terbaharunya di Eropah.

Nama Marselino secara tiba-tiba meletup beberapa tahun ini di Indonesia selaku bintang muda baharu untuk skuad kebangsaan menerusi aksinya yang cukup hebat di posisi tengah, walaupun masih muda.

Pemain tersebut belum mencipta sebarang penampilan sejak diperkenalkan secara rasmi pada awal bulan ini, dan beliau berkemungkinan akan dibawa turun untuk aksi seterusnya.

Kelab diwakilinya itu masih segar dengan kemenangan pada hari semalam, selepas mereka berjaya menewaskan Dender dengan keputusan penuh 1-0 di gelanggang lawan.

Menurut pengarah kelab tersebut iaitu Adrian Esparraga, antara sebab kenapa Marselino masih lagi tidak dapat dibawa turun beraksi kerana proses pendaftaran pemain itu masih lagi sedang dijalankan.

Proses tersebut dilaporkan mengambil masa 10 ke 15 hari untuk membenarkan Marselino secara sah didaftarkan dalam senarai pemain KMSK Deinze.

Jika proses tersebut selesai, Adrian menyataka Marselino mempunyai peluang besar untuk dibawa turun beraksi pada aksi seterusnya.

“Biasanya proses pendaftaran ini memang mengambil masa sedikit lama iaitu 10 hingga 15 hari bekerja mengikut syarat tertentu.

“Jika segalanya sudah selesai, Marselino boleh mencipta penampilan sulung beliau bersama kelab ini untuk perlawanan pertamanya di Belgium,” jelas beliau menerusi Bola.com.

Tidak hanya itu, Marselino juga dinyatakan kini dalam persiapan kelab untuk dibawa turun sebagai senjata baharu mereka dalam aksi play-off yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Aksi tersebut dianggap amat penting kerana KMSK Deinze boleh melayakkan diri ke saingan divisyen utama jika mereka mencipta keputusan yang positif.

Jika segalanya menjadi kenyataan, Marselino berpeluang melakar sejarah baharu untuk beraksi dalam saingan Belgian Pro League musim hadapan.

Ketika ini, Deinze berada di tangga kelapan liga daripada 12 pasukan yang bertanding menerusi sembilan kemenangan dicatat untuk mengumpul 30 mata secara keseluruhan.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN