Dilaporkan Tertimbus, Christian Atsu Kini Terselamat Dalam Tragedi Gempa Bumi Turkiye

Christian Atsu

Bekas pemain Newcastle United dan Malaga, Christian Atsu dilaporkan telah terselamat daripada tertimbus dalam tragedi gempa bumi di selatan Turkiye baru-baru ini.

Atsu yang kini bermain untuk Hatayspor dalam saingan divisyen 1 Turkiye sebelum ini dilaporkan hilang selepas kejadian gempa bumi berlaku di Hatay yang merupakan salah sebuah lokasi yang paling terkesan dengan tragedi ini.

Menurut laporan Sky Sports, Atsu sebelum ini dikatakan tertimbus di bawah runtuhan dan kini telah pun berjaya dikeluarkan.

Akan tetapi, keadaan beliau tidaklah begitu baik kerana mempunyai kecederaan di bahagian kaki serta kesukaran untuk bernafas. Oleh itu, beliau kini dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Christian Atsu telah dikeluarkan daripada runtuhan dengan mengalami kecederaan.

“Malang sekali, pengarah sukan kami iaitu Taner Savut masih lagi terperangkap dalam runtuhan,” kata Timbalan Presiden Hatayspor, Mustafa Ozat.

Sehingga kini, angka korban bagi tragedi gempa bumi di Turkiye telah mencecah 5 ribu orang dengan operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan.

Bukan sahaja di Turkiye namun ianya terkesan di Syria juga.

Skuad Kedah Darul Aman yang kini berada di Turkiye untuk menjalani jelajah pramusim dilaporkan selamat kerana mereka terletak jauh daripada lokasi tragedi.

Kerajaan Turkiye juga telah mengumumkan tempoh berkabung selama tujuh hari di seluruh negara bagi mengenang peristiwa buruk ini.

Kami di Semuanya BOLA mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlibat, semoga usaha mencari dan menyelamat dimudahkan urusannya.

Kami juga berharap skuad Kedah akan selama sepanjang berada di sana.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN