EKSKLUSIF: Aidil Sharin Kongsi Pengalaman Unik Selaku Pengendali Persikabo 1973 Di Indonesia

Bekas pengendali Kedah Darul Aman (KDA) iaitu Aidil Sharin Sahak kini sudah pun mengesahkan diri selaku jurulatih baharu untuk Persikabo 1973 dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Aidil yang berjaya membawa KDA kembali selaku salah satu pasukan elit di Malaysia suatu ketika dianggap sebagai salah seorang pengendali terbaik pernah dimiliki pasukan tersebut.

Namun jodoh beliau bersama KDA tidak lama pada tahun lalu, dan beliau membawa haluan baharu setelah dilamar Persikabo sebagai pengendali baharu pasukan berkenaan.

Menerusi rekod beliau yang bagus bersama KDA termasuk menghadiahkan satu kejuaraan pada musim 2019, pastinya banyak pasukan yang mengintai khidmat jurulatih berkenaan untuk ditagih pengalamannya.

Untuk pertama kali di Indonesia selaku jurulatih profesional, Aidil menganggap segalanya serba baharu buat dirinya termasuk suasana dan cabaran.

Bersama Persikabo, pengendali kelahiran Singapura itu menjelaskan banyak perbezaan yang ada membabitkan saingan liga di Malaysia dan Indonesia menerusi pendapat peribadinya.

Antara yang membezakan kedua saingan liga tersebut, Aidil mengakui Indonesia lebih banyak menggunakan kekuatan fizikal dalam permainan.

Manakala di Malaysia, setiap pasukan lebih menumpukan soal taktikal di atas padang berbanding kekuatan fizikal seperti di Indonesia.

Selain itu, Aidil juga berkongsikan sedikit pengalaman beliau yang dianggap unik serta akan dikenang bila-bila sepanjang karier kejurulatihannya di Indonesia.

“Suatu pengalaman yang sangat baik dan tidak boleh dibeli dengan wang sepanjang saya berada di sini. Salah satu yang sempat dirasai saya bila Persikabo menentang Persija Jakarta di gelanggang lawan.

“Perjalanan yang meletihkan, namun suatu rasa kagum bila berhadapan atmosfera penyokong lawan yang hadir lebih daripada 60,000 orang untuk pasukan mereka.

“Penyokong fanatik itu merupakan budaya normal mereka. Hampir semua pasukan memiliki penyokong seperti itu, kecuali Bhayangkara FC,” ulas Aidil.

Cerita mengenai kelab bawah kendaliannya kini, Aidil mengakui Persikabo merupakan sebuah pasukan yang unik kerana dibarisi oleh para pemain yang merupakan tentera sepenuh masa.

“Mereka sangat berdisiplin kerana pengalaman sebagai askar digunakan dengan baik sebagai pemain bola sepak, tetapi walau apapun bakat dan disiplin masih lagi suatu yang berbeza,” tambah Aidil.

Beliau juga mempunyai sasaran tersendiri bersama Persikabo untuk mengubah kedudukan kelab kepada lebih baik berbanding rekod-rekod lalu.

Tiga perlawanan setakat ini telah dilalui Aidil sepanjang bergelar pengendali Persikabo dengan dua keputusan perlawanan ialah seri serta satu kekalahan dialami.

Ketika ditanya mengenai bakat-bakat Indonesia yang berjaya menempatkan diri di luar negara seperti Marselino Ferdinan, Aidil menyatakan setiap tahun hampir empat atau lima pemain konsisten berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Beliau juga mengakui bintang-bintang muda di sana mempunyai bakat individu cukup baik untuk diketengahkan ke luar negara dan bersaing bersama pemain lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN