“Pemain Saya Mampu Beri Cabaran Untuk Pasukan Liga Super” – Rezal Zamberi Yahya

Kelantan FC dilihat berada pada landasan yang tepat untuk menjadi pencabar utama dalam saingan Liga Premier musim ini yang dijadual bakal membuka tirai pada bulan hadapan setelah cemerlang pada beraksi dalam kejohanan Piala Sabah Maju Jaya (Piala SMJ) sehingga muncul naib juara untuk mengetepikan Sabah dan Sarawak United.

Biarpun beraksi dengan tiga lawan dari Liga Super pada kejohanan itu, jelas Rezal Zamberi Yahya selaku Ketua Jurulatih Kelantan FC anak buahnya masih mampu untuk memberi tentangan yang sengit sehingga berjaya menduduki tempat kedua dalam kejohanan tersebut.

“Kejohanan itu sebahagian daripada persediaan untuk menguji kemampuan pemain apabila beraksi dalam saingan sebenar Liga Premier. Pemain saya mampu memberi cabaran kepada pasukan dari Liga Super seperti Kedah, Sabah dan Sarawak United.

“Mereka (pemain) menunjukkan semangat juang tinggi serta prestasi yang baik sehingga berjaya muncul naib juara Piala SMJ,” katanya ketika dihubungi hari semalam menerusi Bernama.

Dalam aksi saingan tersebut, Kedah menepati ramalan untuk muncul juara selepas menduduki tangga teratas daripada empat pasukan yang bertanding pada hari terakhir SMJ Cup, Jumaat lalu.

Walaupun berkongsi 6 mata bersama Kedah, perbezaan jaringan menjadi titik pemisah mengapa Kelantan tidak muncul juara dan menjadi naib johan. Di tempat ketiga yang turut berkongsi mata adalah tuan rumah, Sabah, dan Sarawak United gagal memungut sebarang mata untuk berada pada kedudukan keempat.

Dalam masa sama, Rezal Zambery juga melaungkan keyakinan dengan corak permainan yang ditampilkan anak buahnya ketika ini yang jelas menunjukkan peningkatan dan bersedia untuk menghadapi mana-mana pihak lawan.

“Menyertai saingan Piala SMJ adalah satu pengalaman sangat menarik khusus kepada pemain kerana mereka dapat memperbaiki segala teknik dan taktikal yang digunakan oleh pasukan lawan.

“Pastinya untuk berada di kedudukan lebih baik, kita perlu bekerja keras untuk melakar lebih banyak kemenangan dalam semua perlawanan,” katanya.

Sehingga kini, Kelantan telah menunjukkan bahawa mereka serius untuk mencabar sebarang kejuaraan Liga Malaysia (Liga M) apabila turut menandatangani beberapa pemain berprofil tinggi seperti Farhan Roslan, Khairul Helmi Johari, dan Osman Yusoff.

Mereka turut menandatangani import berkualiti seperti Fadel Antar yang masih beraksi bersama skuad kebangsaan Lubnan, serta penyerang kebangsaan Haiti iaitu Kerverns Belfort.

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN