[VIDEO]: ‘Hanya 5 Sentuhan’ – ‘Team Goal’ Menarik PDRM FC Yang Disudahkan Ex-JDT, Sachin Samuel

Sachin Samuel PDRM FC Wan Rohaimi 2022 team goal

Pemain sayap baharu, Sachin Samuel telah menghadirkan ‘team goal’ menarik hasil lima sentuhan bermula dari penjaga gol sehingga ke pintu gawang Selangor FC II dalam aksi pra-musim yang dimenangi oleh PDRM FC 3-1.

Ia boleh dianggap sebagai gambaran awal bagaimana gaya permainan PDRM yang dibimbing Wan Rohaimi Wan Ismail – permainan pantas dengan sentuhan mudah. Perubahan yang dibawanya telah menerima pujian ramai musim lalu termasuklah para pemainnya seperti pemain import, Lazarus Kaimbi dan Bruno Suzuki.

Sentuhan ‘magis’ Wan Rohaimi yang berpengalaman luas dalam bidang kejurulatihan membantu The Cops kembali bersaing musim lalu. Beliau pernah terlibat dengan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) selama empat tahun dan ini yang membantunya dalam memiliki falsafah dan gaya permainan tersendiri.

https://twitter.com/AfiqShari/status/1429434080081317892

Wan Rohaimi telah kembali melonjak kedudukan mereka daripada kedua tercorot kepada kedudukan ke-8.

Malah, sentuhannya juga dilihat telah berjaya mengubah seseorang pemain itu daripada lemau kepada padu.

Masih ingat bekas pemain musim lalu, Bruno Suzuki? Beliau ada mengakui kehadiran Wan Rohaimi yang mula dilantik pada 31 Mac 2021 selepas kontrak Mat Zan Mat Aris ditamatkan telah mengubahnya dan juga pasukan.

“Kehadiran jurulatih, Wan Rohaimi benar-benar telah mengubah situasi saya di sini kerana dia tahu akan kemampuan saya dengan meletakkan posisi selaku penyerang utama.

“Itu menjadi faktor kenapa saya berjaya temui semula sentuhan jaringan yang dicari-cari selama ini dan rasa gembira kerana dapat balas kepercayaan yang diletakkan oleh jurulatih,” ungkap Bruno Suzuki.

Lazarus Kaimbi: Saya Bukan Penyerang, Dollah Salleh Yang Letak Situ

Selainnya, Lazarus Kaimbi turut mengakui perkara sama. Jelas, Wan Rohaimi tahu kemampuan pemainnya.

“Saya adalah pemain sayap kanan atau pemain tengah menyerang dan membolehkan saya beraksi lebih berkesan ketika di Thailand. Saya telah beralih ke posisi yang mampu membantu saya lebih menyerlah.

“Kini saya boleh beraksi di tahap terbaik. Jurulatih [baru] membawa banyak perubahan dengan corak permainan yang berbeza. Bukan sekadar terhadap individu tetapi secara keseluruhan pasukan,” jelasnya.

Jadi, Wan Rohaimi adalah antara punca mengapa PDRM semakin menjadi biarpun tumpuan tidak diberikan.

Dikenali sebagai seorang jurulatih yang ‘genius’ sehingga mampu menghasilkan sebuah buku corak latihan asas bola sepak, untuk saingan Liga Premier musim 2022 ini, Wan Rohaimi dilihat tampil dengan agenda lebih berani.

Ketika sebahagian besar pasukan gigih memburu pemain berpengalaman atau nama-nama yang besar di Liga Malaysia, The Cops membawa masuk dan membariskan majoriti pemain-pemain muda di dalam skuadnya. Menurutnya, beliau mengambil pendekatan sebegitu kerana lebih selesa bekerja dengan pemain-pemain muda.

“Kali ini sangat berbeza kerana saya sendiri boleh mencorakkan pasukan dengan pemain yang saya mahukan dan sememangnya kami sudah tidak sabar untuk harungi saingan Liga Premier musim ini.

“Saya optimis PDRM mampu berikan saingan walaupun kami tidak terdiri dari pemain bintang kerana saya percaya semangat luar biasa bakat-bakat muda akan membawa pasukan ini ke tahap lebih baik,” jelasnya.

Ini adalah ‘team goal’ menarik yang dihasilkan oleh PDRM dan disudahkan dengan baik oleh bekas pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Sachin Samuel yang telah ditandatangani oleh Wan Rohaimi untuk musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN