Jumlah gaji yang Lionel Messi sudah terima dari Inter Miami setakat ini telah didedahkan kepada umum dan beliau kini merupakan penerima gaji tertinggi dalam saingan Major League Soccer (MLS).
Sudah hampir empat bulan sejak awal Lionel Messi diumumkan sebagai pemain terbaru Inter Miami pada jendela perpindahan musim panas lalu.
Ia merupakan perpindahan terbesar dalam sejarah bola sepak Major League Soccer dengan pemain terhebat sepanjang zaman beraksi dalam liga mereka.
🚨😳 Included in Lionel Messi's deal with Inter Miami:
➡️ Percentage on subscriptions to the MLS Season Pass from APPLE TV, paid directly by APPLE
➡️ Percentage of Inter Miami shirt sales, paid directly by Adidas
➡️ Possibility of acquiring an MLS franchise at the end of his… pic.twitter.com/liWC0wgDt8— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) June 7, 2023
Bekas bintang Barcelona yang kini berusia 36 tahun itu telah menolak pelbagai tawaran sebelum akhirnya memutuskan untuk menyertai Inter Miami.
Ketua pasukan skuad kebangsaan Argentina itu turut pernah menerima tawaran bernilai €400 juta (£344 juta) dari Al Hilal untuk menyertai gergasi Arab Saudi itu.
Lionel Messi walau bagaimanapun menolak untuk menerima tawaran tersebut walaupun ia dianggap tawaran yang memang langsung tak masuk akal.
Ramai peminat pada awalnya percaya Messi akan ke Saudi Pro League selepas melihat tawaran luar biasa lumayan dari Al Hilal.
Namun begitu, bekas bintang Paris Saint-Germain itu lebih memilih untuk menyertai Inter Miami berbanding Al Hilal yang mampu menawarkan kontrak luar biasa dahsyat kepadanya itu.
🚨 Included in Lionel Messi's deal with Inter Miami:
🍎 Percentage on subscriptions to the MLS Season Pass from APPLE TV, paid by APPLE
👕 Percentage of Inter Miami shirt sales, paid directly by Adidas
💰 Possibility of acquiring an MLS franchise at the end of his career pic.twitter.com/SkMzJ0Ik4Y
— Barstool Football (@StoolFootball) June 7, 2023
Messi menerima tawaran bernilai $54 juta (£41 juta) untuk menyertai Inter Miami dengan kontrak selama dua tahun.
Nilai itu sebenarnya hanyalah gaji pokok Messi bersama Inter Miami dan ia berpotensi untuk meningkat hingga $62 juta (£47 juta).
Nilai pendapatan Messi itu telah didedahkan oleh The Express dan ada beberapa sumber lain mengatakan yang gaji pemenang lapan kali anugerah ballon d’or itu sebenarnya lebih tinggi dari yang didedahkan itu.
Selepas 17 minggu bersama Inter Miami, Messi kini sudah membawa pulang £918,369 yang mana ia bersamaan:
– £131,196 sehari
– £5,466 sejam
– £91.11 seminit
– £1.52 sesaat
Dan ditambah pula dengan rekod kerjasama jangka masa panjang beliau bersama Adidas, ia juga turut menyumbang kepada pendapatan Messi bersama kelab.
Former Stoke star third highest paid MLS player behind Lionel Messi
Read more 👇https://t.co/mZtLR3y6ln
— talkSPORT (@talkSPORT) October 22, 2023
Messi mempunyai kontrak bernilai £18 juta setahun bersama Adidas dan beliau merupakan atlet kedua yang dibayar harga tinggi oleh penaja di belakang Neymar yang menerima £32 juta dari Puma.
Laporan sama turut mendedahkan yang nilai pendapatan Messi boleh bertambah lagi kerana beliau terlibat dengan perjanjian perkongsian melibatkan siaran langsung antara MLS dan Apple.
Seandainya semua data-data di atas tepat, Messi dilaporkan sudah menerima sekitar $20.4 juta (£16.6 juta) setakat 17 minggu menjadi bintang dalam saingan MLS.
Kembali pada Oktober lalu, MLS Player Association telah berkongsi data tentang gaji para pemain yang beraksi dalam saingan Major League Soccer itu.
Messi mendahului senarai tersebut dengan bintang Toronto, Lorenzo Insigne berada di kedudukan kedua dan bintang Chicago Fire, Xherdan Shaqiri di kedudukan ketiga.
Lionel Messi is making $50-$60 million per year after his new deal with Inter Miami.
The highest paid player in MLS before Messi signed this deal makes $8 million per year. pic.twitter.com/lzILUXIqwY
— My Mixtapez (@mymixtapez) July 4, 2023
Insigne menerima gaji $15.4 juta, sementara Shaqiri pula menerima $8.1 juta.
Bintang LA Galaxy, Chicharito Hernandez pula menerima $7.44 juta dan melengkapkan senarai lima penerima gaji tertinggi MLS, Federico Bernadeschi yang menerima $6.3 juta.
Rakan sepasukan Messi, Sergio Busquets yang menerima $1.75 juta dan Jordi Alba yang menerima $1.25 juta pula sementara itu tidak termasuk dalam senarai 10 penerima gaji tertinggi dalam saingan MLS.
Melihat kepada nilai yang Messi terima, sepertinya beliau tidak begitu terkesan dengan keputusannya yang menolak kontrak mega dari Al Hilal sebelum ini.
Dan data-data di atas juga sebenarnya masih tidak 100 peratus tepat dengan Messi dilaporkan menerima jauh lebih tinggi berbanding apa yang didedahkan kepada umum itu.
🤑 Lionel Messi's deal with Inter Miami:
➡️ Percentage on subscriptions to the MLS Season Pass from APPLE TV, paid directly by APPLE
➡️ Percentage of Inter Miami shirt sales, paid directly by Adidas
➡️ Possibility of acquiring an MLS franchise at the end of his careerAll MLS… pic.twitter.com/3Cr5p0il40
— Football Talk (@FootballTalkHQ) June 8, 2023
Kesemua pendapatan ini juga tidak termasuk tajaan lain kerana data ini hanyalah pendapatan beliau melibatkan kariernya bersama Inter Miami sahaja.