Sri Pahang Ada Agenda Sendiri Untuk Aksi Persahabatan Bertemu Selangor

Gergasi Liga Super, Sri Pahang bakal mengadakan aksi persahabatan pada Sabtu ini dengan Selangor menjadi lawan mereka sebagai medan terbaik untuk kedua kelab itu memperbaiki prestasi semasa masing-masing.

Ketika ini, saingan liga berehat seketika dalam suatu tempoh masa yang dilihat panjang dan ini menjadi peluang berguna buat kedua pasukan itu untuk menguji antara satu sama lain di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya.

Saingan Liga Super 2023 ketika ini berehat seketika kerana untuk memberi laluan kepada skuad kebangsaan menempuh aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menurut pengendali Sri Pahang iaitu Fandi Ahmad, beliau mengakui aksi persahabatan itu dapat berlangsung Sabtu ini selepas mereka mendapat pelawaan daripada Selangor pada Sabtu akan datang.

Jelas Fandi, perlawanan ini juga menjadi agenda terbaik buat beliau untuk menguji seberapa ramai pemain simpanan lain berdepan pasukan berpengalaman seperti Selangor.

“Sebenarnya pengurusan Selangor mempelawa Sri Pahang mengadakan perlawanan persahabatan. Oleh kerana tiada sebarang perlawanan, kita menerima pelawaan ini.

“Perlawanan ini juga memberi lebih ruang kepada pemain terutama barisan simpanan untuk mempamerkan prestasi mereka terutama berdepan pasukan berpengalaman.

“Ia juga peluang untuk memastikan pemain berada pada prestasi terbaik dan mendapat aksi perlawanan kerana Liga Super berehat seketika,” kata Fandi menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Fandi juga mengakui mereka akan terlepas beberapa pemain utama untuk dibawa turun beraksi pada perlawanan akan datang kerana mengikuti saingan di pentas antarabangsa.

Dua pemain tersebut merupakan Kevin Ingresso yang mewakili Filipina serta penyerang import berbisa, Kpah Sherman kini bersama Liberia untuk menghadapi cabaran Malawi pada Sabtu ini juga.

Walaupun begitu, pengendali berpengalaman tersebut menyatakan beliau akan memberi peluang buat semua pemain yang dibawa ke Petaling Jaya pada Sabtu ini untuk beraksi.

“Saya harap perlawanan ini membantu mereka untuk kekal cergas dan dapat menunjukkan kemahiran mereka kerana Sri Pahang perlu menghadapi baki tiga perlawanan liga selepas ini,” katanya akhir sekali.

Rekod semasa Sri Pahang dalam saingan Liga Super ketika ini menyaksikan mereka berada di tangga keempat selepas mengumpul 44 mata daripada 23 perlawanan dilalui.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN