Pemain Kami Tidak Boleh Terlalu Selesa – Ulisses Morais

Perlawanan terakhir Liga Super di antara 2 pasukan finalist Piala Malaysia 2017, Kedah dan JDT semalam berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Perlawanan yang berlangsung di Alor Star itu menyaksikan pasukan Kedah menurunkan skuad kedua tanpa khidmat 3 pemain import manakala JDT membarisi hampir semua kesebelasan utama.

Kedua-dua pasukan kelihatan merahsiakan kesebelasan terbaik untuk menghadapi perlawanan akhir sabtu minggu depan namun bagi ketua jurulatih JDT, Ulisses Morais tidak mahu semua pemainnya berasa selesa.

“Perlawanan malam semalam bagus untuk kecergasan perlawanan para pemain kami bagi menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia akan datang.

“Kami tidak mahu pemain tertekan sangat untuk mengelakkan daripada kecederaan tambahan pula kami sudah menjuarai Liga Super Malaysia,” katanya seperti dipetik melalui laman facebook Johor Southern Tiger.

Gambar : JOHOR Southern Tiger

Bagi Morais, itu merupakan sebahagian daripada strategi untuk memastikan tahap kecergasan pemain berada di tahap terbaik.

“Kami juga sedia maklum bahawa akan berhadapan dengan pasukan yang tidak menurunkan kesebelasan utama mereka.

“Jadi kami menggilirkan pemain kami dengan memberi peluang kepada beberapa pemain kami yang lain.

“Ini bertujuan untuk tidak membiarkan semua pemain kami berasa terlampau selesa untuk perlawanan akan datang,” jelasnya.

Beliau juga tidak begitu risau mengenai prestasi perlawanan semalam dan menyifatkan pasukannya sudah bersedia untuk merangkul Piala Malaysia minggu hadapan.

“Walaubagaimanapun tiada apa yang perlu saya risaukan pada perlawanan malam semalam kerana perlawanan sebenar adalah pada perlawanan akhir Piala Malaysia minggu hadapan.

“Apa yang paling penting tiada kecederaan yang dialami oleh para pemain kami pada malam tadi. Pada perlawanan akhir nanti saya tahu perwatakan sebenar yang pemain saya akan bawa dan kami akan bermain dengan kesungguhan yang tinggi,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN