Analisis : Mampukah Bojan Bawa Malaysia Layak Secara Merit Ke Kejohanan AFC Bawah 19 Tahun ?

Hari ini skuad Malaysia bawah 19 tahun bimbingan Bojan Hodak akan berlepas ke Korea Selatan bagi menghadapi saingan kelayakan AFC Bawah 19 Tahun yang akan bermula pada 31 Oktober ini.

Malaysia diundi dalam kumpulan F bersama tuan rumah, Korea Selatan, Timor Leste, Brunei, dan host kejohanan AFC U19, Indonesia.

Menurut rekod, Malaysia mempunyai 6 penampilan dalam kejohanan AFC U19. Pencapaian terbaik Malaysia ialah naib juara kejohanan AFC U19 pada tahun 1959. 1960 dan 1968.

Selain itu, Malaysia juga pernah meraih tempat ke 3 pada tahun 1964 dan 1965. Selepas itu, skuad negara masih gagal layak secara merit selepas tahun 1990.

Jika dilihat pada kekuatan pasukan dalam kumpulan F, Malaysia berdepan halangan yang paling sukar iaitu Korea Selatan yang berada di tahap berbeza berbanding 3 pasukan asean yang lain.

Indonesia sudah pun mengesahkan slot ke pusingan akhir AFC bawah 19 tahun selaku tuan rumah kejohanan itu. Itu bermakna slot daripada kumpulan F akan menjadi rebutan di antara Korea Selatan dan Malaysia.

Walaupun Timor Leste dan Brunei dianggap sebagai lawan yang lemah, namun mereka tidak boleh memandang mudah dan perlu mencatat kemenangan bagi mencerahkan peluang ke pusingan akhir AFC bawah 19 tahun.

Bojan bawa 23 pemain terbaik ke Korea Selatan

Bojan Hodak menyenaraikan barisan 23 pemain terbaik yang dipilih untuk membawa cabaran negara di Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2018 di Paju, Korea Selatan dari 31 Oktober hingga 8 November 2017 ini.

Daripada senarai itu, hanya 20 pemain yang membantu Malaysia muncul naib juara Kejuaraan B-18 AFF 2017 di Yangon, Myanmar, September lalu telah dikekalkan.

Bojan turut menggugurkan tiga pemain iaitu Faizal Hafiq Omar (Piala Belia Kuala Lumpur), Qamarul Ariffin Norhisham (Piala Belia Kuala Lumpur) dan Awang Faiz Hazziq Awang Fathi (Piala Presiden JDT III).

Berdasarkan senarai pemain ini, kesemua pemain berusia 18 tahun dan hanya 2 orang pemain yang berusia 17 tahun iaitu Shivan Pillay Asokan dan penyerang pasukan liga perdana, Hadi Fayyadh Razak.

Bojan juga membuat kejutan menyenaraikan muka baharu daripada Liga Universiti Tempatan iaitu Al-Imran Abdul Halim yang beraksi untuk pasukan UiTM FC.

Kesemua pemain muda yang dibawa oleh Bojan adalah antara yang terbaik yang negara ada berdasarkan penilaiannya pada prestasi pemain dalam saingan Liga Perdana, Liga FAM, Piala Presiden dan juga Piala Belia.

Bagaimana skuad Malaysia U19 boleh layak secara merit?

Untuk layak secara automatik, anak buah Bojan Hodak perlu muncul sebagai juara kumpulan F dengan mengatasi semua lawannya. Lawan pertama yang akan ditentang oleh mereka ialah Timor Leste.

Jadual perlawanan pasukan Malaysia U19 di Paju, Korea Selatan.

Dalam 2 perlawanan awal, mereka tidak boleh keciciran mata dan wajib mengutip 3 mata penuh sebelum berdepan 2 perlawanan yang sukar menentang Indonesia dan Korea Selatan.

Paling realistik, untuk layak ke pusingan akhir kejohanan AFC bawah 19 tahun, anak buah Bojan Hodak perlu menduduki sekurang-kurangnya tempat kedua dalam kumpulan dan layak selaku pasukan tempat kedua terbaik.

Mengikut format kelayakan, semua 10 pasukan juara Kumpulan A hingga J dan hanya lima naib juara terbaik  dalam kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan akhir di Indonesia pada Oktober tahun 2018.

Bagaimanapun, enam pasukan naib juara terbaik akan layak sekiranya Indonesia muncul juara atau berada dalam kalangan lima pasukan terbaik naib juara kumpulan.

Hal ini kerana Indonesia sudahpun mengesahkan tiket ke pusingan akhir selaku tuan rumah (host).

Memandangkan beberapa kumpulan lain mempunyai jumlah pasukan yang berbeza kerana Afghanistan dan Mariana Islands telah menarik diri daripada kumpulan C dan J, keputusan perlawanan menentang pasukan keempat dan kelima dalam kumpulan yang mempunyai 5 pasukan (kumpulan F) tidak diambil kira untuk penentuan kedudukan ranking tempat kedua terbaik.

Kedudukan terkini ranking tempat kedua terbaik yang hanya dihuni oleh Kemboja setakat ini memandangkan perlawanan daripada kumpulan lain masih belum bermula.

Kami menjangkakan keputusan perlawanan menentang Indonesia dan Korea Selatan akan menentukan hala tuju sebenar skuad negara sama ada mereka berjaya menempah tiket ke pusingan akhir atau tidak.

Untuk lebih selamat, mereka perlu menewaskan Indonesia dan mencatat sekurang-kurangnya keputusan seri menentang Korea Selatan. Keputusan ini akan menjaminkan slot Malaysia ke pusingan akhir kejohanan AFC bawah 19 tahun hadapan.

Mampukah mereka melakukannya ?

Tiada yang mustahil jika mereka bermain bersungguh-sungguh dan kami mendoakan semoga mereka berjaya melakar satu lagi sejarah selepas muncul naib juara kejohanan AFF Bawah 19 tahun pada September lepas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN