Alessandro Celin, Kisah Pendek Adiwira Dengan Magis 10 Minit Terakhir

Apa perasaan anda jika penasihat pasukan dengan terbuka menyatakan anda tidak cukup bagus dan menasihatkan pasukan untuk menggantikan anda segera?

Sebelum ini, bekas penasihat KAFA dengan terbuka menyatakan ada usaha mensabotaj pasukan Kelantan dengan larangan oleh FMLLP untuk mereka mendaftarkan import ke-2 selepas Bakr El Mel.

TSAM dengan terbuka menyatakan Celin tidak cukup bagus dan pemain yang sedang bergelut dengan kecergasan dalam usaha untuk menukar cara permainan pasukan Kelantan kepada taktikal Latin.

Dalam model pengurusan profesional, jika pemain bergelut dengan masalah kecergasan dan kecederaan, staf kejurulatihan dan kecergasan haruslah memberikan sokongan kepada pemain untuk mereka kembali optimum.

Anda sudah menawarkan kontrak kepada mereka pada awal musim. Tawaran ini biasanya dibuat selepas pemeriksaan kecergasan dan kesihatan.

Hadiah istimewa Celin

Semalam, di stadium Hang Jebat, pasukan Kelantan memerlukan kemenangan untuk kekal dalam Liga Super dengan kedudukan di Sarawak masih kekal 0-0 pada minit ke-70.

Melaka pula sudah mendahului dengan 1-0 seawal minit ke-30. Namun Abou Bakr El Mel menyamakan kedudukan pasda minit ke-74.

Celin kemudian masuk sebagai pemain gantian selepas gol tersebut. Dan pada minit ke-80 Celin meletakkan Kelantan di hadapan.

5 minit kemudian, Celin memastikan pasukan Kelantan menang perlawanan ini dan menunggu keputusan dari Kuching.

10 minit adalah tempoh masa di antara 2 gol Celin yang berada di dalam padang hanya 15 minit semalam. Detik yang indah untuk beliau dan TRW.

Tamat perlawanan di Kuching 0-0 di antara Sarawak dan T-Team. Kelantan meraikan kejayaan mereka kekal di Liga Super.

Itulah hadiah terbaik untuk Celin kepada pasukan Kelantan. Etika kerja dan profesionalisme yang akan diingati oleh peminat Kelantan. Beliau sendiri menitiskan air mata di dalam perlawanan ini.

Ianya menunjukkan betapa dia komited untuk menyelamatkan pasukan Kelantan daripada terjerumus ke Liga Perdana.

Jika itu adalah hari terakhir Celin untuk pasukan The Red Warriors? Beliau telah memberikan hadiah perpisahan yang sangat bermakna!

Itu adalah tipikal kisah hero komikal. Watak yang tidak diberikan perhatian muncul memberikan magis mereka. Celin mungkin tak sehebat Ghaddar, tetapi beliau sudah menjalankan tugasan beliau semalam.

Selepas ini, buatlah pertimbangan sewajarnya dalam memberikan kontrak kepada para pemain dengan prosedur yang lebih sistematik.

Kredit foto: TRWFC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN