Video: Lihat Higuain Jaringkan 2 Gol, Hidangkan Kekalahan Ke-5 AC Milan

Ianya antara satu lagi aksi menghampakan daripada AC Milan terutama sekali ketika beraksi di hadapan penyokong sendiri. AC Milan tewas 0-2 di tangan pasukan Juventus.

Perlawanan ini menyaksikan ketiadaan Leonardo Bonucci yang digantung perlawanan.

Gonzalo Higuain menunjukkan aksi cemerlang dengan menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini. Beliau juga berjaya merekodkan gol ke-100 dalam karier beliau di Serie A.

Gol ke-100 Higuain tercipta pada minit ke-23 selepas menerima hantaran Paulo Dybala. Pada separuh masa kedua, hanya kira-kira 15 minit perlawanan disambung, Higuain menjaringkan 1 lagi gol.

Jadi, ini bermakna pemain 29 tahun sudah menjaringkan 101 gol dalam 153 perlawanan Serie A untuk Juventus dan Napoli, sejak menyertai liga tersebut dari Real Madrid pada Julai 2013.

Nikola Kalinic ada hari untuk dilupakan apabila gagal menyempurnakan peluang di hadapan mata. Ia antara ‘miss of the season’ dalam bola sepak musim ini.

Kemenangan ini meletakkan Juventus sama mata dengan Napoli yang masih menjadi pendahulu. Untuk pasukan AC Milan, Montella kini semakin tertekan.

Milan sudah tewas 5 daripada 11 perlawanan dan berada di tangga ke-8. Dengan beberapa perlawanan akan berlangsung hari ini, Milan berpotensi berada di kedudukan lebih rendah pada esok.

Nampaknya, AC Milan masih belum ‘settle down’ selepas lebih 10 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN