Quantcast

BERITA

Pemain Islam Di Kanada Tarik Diri Selepas Dipaksa Menentang Pemain Perempuan

Pasukan bola sepak lelaki dari sebuah sekolah Islam di Kanada enggan menghabiskan perlawanan bola sepak selepas lawan mereka, pasukan sekolah Katolik membariskan 2 pemain perempuan.

Pasukan bola sepak dari ISNA Private Islamic High School membawa hal itu kepada perhatian pengadil pada rehat separuh masa pertama selepas Robert F. Hall Catholic School membariskan 2 pemain perempuan.

Robert F. Hall Catholic School sedang mendahului ISNA Private Islamic High School 3-1 ketika itu.

Peraturan pertandingan sukan daripada Ontario Federation of School Athletic Associations, South Western Ontario Secondary Schools Athletic Association dan Region of Peel Secondary School Athletic Association (ROPSSAA) menyebut:

“Jika aktiviti sukan untuk pasukan perempuan tidak disediakan, mereka dibenarkan menyertai pasukan lelaki.”

2 pemain perempuan tersebut menawarkan diri untuk digantikan dengan pemain lelaki untuk membenarkan perlawanan itu diteruskan.

Di akhir perlawanan, sekolah mereka menang 6-1 tetapi kedua-dua sekolah mara ke pusingan seterusnya.

Jurucakap Robert F. Hall Catholic School kesal lawan mereka tidak mengetahui peraturan sukan di Ontario.

Bagaimanapun, jurulatih ISNA Private Islamic High School, Essa Abdool-Karim (gambar bawah) mempertahankan tindakan mereka.

IslamicSchool-e1432840642820

“Kami agak terkejut dan tak menjangka (situasi ini) kerana kami ingatkan ini adalah liga pelajar lelaki dan eksklusif untuk lelaki.”

“Bergaul bebas dengan pelajar perempuan adalah sesuatu yang kami tak buat. Ini kerana kami hormat mereka.”

Abdool-Karim turut menjelaskan tindakan mereka adalah kerana larangan agama Islam.

“Kami mahu mereka faham bahawa dalam Islam perlu ada keseimbangan antara agama dan bola sepak.”

Baca juga: David vs Goliath – Terma Bola Sepak Yang Berasal Daripada Kisah Di Kitab Al-Quran dan Injil