6 Penyerang Hebat Yang Pernah Berpasangan Dengan Raul Gonzalez Di Real Madrid

Selepas membantu pasukannya, New York Cosmos menewaskan Ottawa Fury dan menjuarai North American Soccer League (NASL) – liga bola sepak ke-2 di Amerika Syarikat – Raul Gonzalez mengambil keputusan untuk bersara.

Bermula sebagai peminat dan pemain skuad remaja Atletico Madrid, Raul kemudiannya dikutip oleh jiran Atletico, Real Madrid.

Jesus Gil, bekas presiden Atletico Madrid pada 1992 pasti menyesal dengan keputusannya membubarkan pasukan remaja Atletico. Raul boleh menjadi lagenda di stadium Vicente Calderon.

Sebaliknya Raul dipuja di stadium Santiago Bernabeu. Kariernya di Real Madrid mencecah 16 tahun lamanya. Dengan 228 gol, Raul muncul penjaring ke-5 terbanyak La Liga sepanjang zaman.

Kami melihat 6 penyerang yang pernah bergandingan dengan Raul di Real Madrid. Bermula daripada musim 1994/1995.

1. Raul & Ivan Zamorano

Raul-Zamoranocsportige

Bermula dengan penurunan prestasi penyerang lagenda, Emilio Butragueno dan kecederaan Alfonso Perez, Raul diberi debut oleh Jorge Valdano pada perlawanan menentang Real Zaragoza.

Raul berpasangan dengan penyerang lagenda Chile, Ivan Zamorano. Walaupun menyumbang 1 assist untuk Zamorano, Raul gagal menyudahkan 3 peluang 1v1.

Ia persembahan yang buruk, tetapi Raul masih baru berusia 17 tahun ketika itu.

Pada minggu seterusnya, Raul bermula dalam kesebelasan utama menentang musuh tradisi, Atletico Madrid. Emilio Butragueno hanya di bangku simpanan.

Dalam perlawanan itu, Raul menjaringkan gol pertamanya, menyumbang assist kepada Zamorano dan mendapatkan penalti untuk Real. Real menang 4-2 dalam perlawanan tersebut.

Sejak itu, Raul tidak menoleh ke belakang. Bersama Zamorano, Raul berjaya menjaringkan 28 gol.

2. Raul & Davor Suker/Predrag Mijatovic

raul-suker-mijatovic

Selepas 2 musim bermain bersama Jorge Valdano, pada musim 1996/1997 Raul bermain di bawah Fabio Capello pula.

Di bawah kendalian Capello, Real bermain dengan formasi 4-4-2 diamond. Raul bermain di posisi central attacking midfielder, di belakang gandingan Davor Suker dan Predrag Mijatovic.

PHOTOGALLERY-f5b5bebfd2fc78d4dc5cc547ca79f8ca-1280136211-39

Sepanjang 2 musim Raul bermain dengan gandingan Suker dan Mijatovic, Raul berjaya menjaringkan 31 gol.

3. Raul & Fernando Morientes

morientes_raul_laoctava

Dibeli daripada Real Zaragoza, Fernando Morientes pada asalnya dibeli sebagai back up Davor Suker atau Predrag Mijatovic.

Walaupun bergelar back up, Morientes menunjukkan dirinya lebih secocok dengan Raul berbanding Suker dan Mijatovic.

Musim 1998/1999 ketika Real Madrid dikendalikan oleh John Toshack merupakan titik permulaan kelahiran pasangan Raul dan Morientes.

Kedua-duanya serasi. Raul sebagai finisher yang laju dalam kotak penalti, Morientes sebagai pencipta yang kreatif dan kuat.

Raul menjaringkan 80 gol sepanjang 4 musim berganding dengan Morientes.

4. Raul & Ronaldo

raul-ronaldo-nazario

Ketika Real Madrid melaksanakan polisi pembelian pemain bertaraf dunia untuk membina skuad Galacticos, pengurusnya Vincente del Bosque berpendapat Ronaldo adalah pasangan yang sesuai untuk Raul.

Ketika berpasangan dengan Ronaldo, Raul lebih banyak bertindak sebagai creator. Ronaldo pula bermain sebagai penyerang utama.

Tetapi sentuhan penyudah Raul tetap tajam. Beliau menjaringkan 36 gol sepanjang 3 musim bermain bersama Ronaldo.

5. Raul & Ruud van Nistelrooy

Real+Madrid+v+Juventus+UEFA+Champions+League+V3BBuDoVSeXx

Selepas musim 2005/2006 yang tak menentu di bawah kendalian Vanderlei Luxemburgo dan Juan Ramón López Caro, Real Madrid kembali mengharapkan Fabio Capello.

Di bawah Capello, Raul meneruskan fungsinya sebagai creator. Tetapi kali ini kepada Ruud van Nistelrooy. Raul menjaringkan 30 gol sepanjang 2 musim bermain dengan Nistelrooy.

6. Raul & Gonzalo Higuain

RaulHiguain-001

Selepas 2 musim berada di Real Madrid, akhirnya pada musim 2008/2009, Bernd Schuster mula menggunakan Gonzalo Higuain untuk menggantikan Ruud van Nistelrooy yang cedera.

Higuain melengkapkan kekurangan ketara Raul ketika itu, kelajuan. Tetapi Raul masih kreatif dan mampu menyudahkan peluang seperti biasa.

Pada musim 2009/2010, Real Madrid membeli Cristiano Ronaldo pula.

Meskipun Raul masih bermain secara konsisten, kehadiran Ronaldo bermakna tugasnya untuk menjaringkan gol sudah dikongsi oleh 2 pemain – Higuain dan Ronaldo.

Akhirnya selepas habis musim 2009/2010, Raul berhijrah ke Schalke 04 – di mana beliau bermain sebagai penyerang utama.

Baca juga: 5 Sebab Mengapa Prestasi Real Madrid Teruk Pada Awal 2015

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN