Skuad Harimau Malaya dituntut untuk mempamerkan peningkatan daripada segi prestasi permainan menjelang dua aksi persahabatan yang bakal diharungi mereka tidak lama lagi di Chengdu, China.
Malaysia bakal menghadapi dua aksi persahabatan Tier 1 mengikut kalendar rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk bertemu Syria serta China sebagai medan persiapan buat Kim Pan-gon.
Hari kedua kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang tadi untuk persiapan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Syria dan China, 6 dan 9 September ini di Chengdu, China.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/ogAi58JUXz
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 30, 2023
Sebelum menghadapi aksi Piala Asia pada awal tahun hadapan, Malaysia bakal mengharungi beberapa aksi pemanas badan bagi menguji kekuatan serta kelemahan semasa untuk tampil lebih bersedia melalui saingan tersebut.
Jelas, dua aksi bulan hadapan bertemu Syria dan China dianggap sebagai medan terbaik mereka kerana dua pasukan tersebut berada di kedudukan ranking lebih baik berbanding Malaysia.
Malah, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin turut berharap supaya prestasi Haromau Malaya mampu ditingkatkan ketika mengharungi dua aksi tersebut.
“Medan ujian buat skuad Harimau Malaya menjelang Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari depan adalah bermula dengan dua aksi persahabatan di China pada September ini, sebelum kita akan berdepan pula India dan Palestin/Tajikstan pada Pestabola Merdeka 2023 di Bukit Jalil pada Oktober.
“Seterusnya pada November, kita akan memulakan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 berdepan Republik Kyrgyz.
“Kesemua pasukan ini kedudukan ranking mereka adalah lebih baik daripada kita. Sudah tentu, ini menjadi medan ujian terbaik buat kita mempamerkan kemampuan sebenar bagi bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik di Asia,” kata beliau menerusi Facebook FAM.
Pada masa sama, Hamidin turut mengucapkan rasa terima kasih kepada para pemain Malaysia yang komited untuk menyahut panggilan negara bagi mengharungi aksi persahabatan ini.
Medan Ujian Harimau Malaya Bermula Di Chengdu, China
Baca Selanjutnya di:https://t.co/sIkVFJpXsC#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/EwR3R7Smiz
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 30, 2023
Malah, beliau juga memahami rasa penat dialami para pemain selepas masih segar dengan aksi peringkat domestik yang berlangsung sebelum ini.
“Saya tahu yang anda keletihan kerana mengharungi jadual perlawanan domestik dan antarabangsa di sepanjang tahun. Namun apabila bermain untuk negara, bermainlah dengan sepenuh jiwa dan sehabis baik, demi maruah negara,” tegas Datuk Haji Hamidin.
Untuk kem kebangsaan kali ini, Kim telah menyenaraikan beberapa pemain tumpuan negara seperti Dion Cools, Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Ahmad Syihan Hazmi, Sergio Aguero, serta ramai lagi untuk menambah kualiti di segenap posisi sebelum berlepas ke Chengdu.
Selain menghadapi dua aksi di luar negara, Malaysia sendiri bakal menganjurkan saingan Pestabola Merdeka pada bulan Oktober dengan disertai Tajikistan, India, serta Palestin di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).