Choi In-cheol Dilantik Selaku Pengendali Sementara Indonesia

Indonesia bakal menggunakan khidmat pembantu jurulatih mereka iaitu Choi In-cheol untuk menghadapi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 pada bulan ini dengan berdepan cabaran daripada Turkmenistan.

Choi diperlukan skuad senior kini untuk mengendalikan mereka kerana khidmat pengendali utama iaitu Shin Tae-yong ditugaskan bersama pasukan bawah 23 (B-23) Indonesia dalam saingan kelayakan Piala Asia 2024.

Jordi Amat & Saddil Ramdani Ditagih Indonesia Untuk Berdepan Turkmenistan

Pastinya khidmat Shin ketika ini paling diperlukan skuad B-23 Indonesia kerana mereka mempunyai misi mustahak untuk cuba melayakkan diri ke saingan Piala Asia yang dianggap sangat berprestij.

Shin yang mempunyai reputasi besar bersama Sang Garuda sebelum itu sudah pun membuktikan kewibawaan mereka setelah membawa pasukan muda tersebut mara ke final Piala AFF walaupun tanpa khidmat pemain bintang.

Namun, mereka juga pastinya enggan untuk mencatat keputusan negatif pada aksi persahabatan ini kerana Indonesia juga mempunyai misi untuk terus memperbaiki kedudukan ranking semasa.

Untuk itu, tugas bersama skuad utama Indonesia kini diserahkan seketika kepada Choi yang juga mempunyai reputasi tersendiri untuk melancarkan pelan taktikal diterapkan oleh Shin.

Untuk aksi berdepan Turkmenistan, Choi bakal diturunkan selaku pengendali sementara dalam aksi yang bakal berlangsung di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya.

Untuk rekod, Choi bukan lagi nama asing dalam dunia kejurulatihan serta sebagai bekas pemain dalam karier bola sepak profesional setelah mencipta reputasi tersendiri di Korea Selatan menerusi perkongsian dibuat CNN Indonesia.

Sebelum memasuki dunia kejurulatihan, Choi pernah beraksi bersama Dongbuk High School serta Konkuk University sebelum bersara pada usia 26 tahun kerana kecederaan besar dihadapi.

Enggan mengalah awal dalam dunia bola sepak, Choi cuba menyertai dunia kejurulatihan dengan memulakan langkah selaku pembantu pengendali untuk Dongmyeong Elementary School sebelum diangkat ketua jurulatih pasukan tersebut.

Choi meneruskan rentak positif beliau selaku jurulatih bersama Seoul Dongsan High School, pembantu pengendali untuk skuad kebangsaan wanita Korea Selatan.

Reputasi terbesar beliau selaku jurulatih pastinya ketika memegang tampuk kejurulatihan utama skuad kebangsaan wanita negara itu pada tahun 2019.

Pengendali tersebut mula berganding bahu bersama Shin pada tahun 2021 untuk memperkukuhkan kembali bola sepak Indonesia sebelum kini diberi tanggungjawab selaku pemangku sementara buat skuad tersebut tidak lama lagi.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN