Pemain Dan Jurulatih Southampton Dermakan Gaji Sehari Selepas Diaibkan 9-0

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Para pemain dan jurulatih Southampton telah mendermakan gaji mereka sehari pada minggu ini kepada Yayasan Saints.

Ia sebagai tanda minta maaf dan menebus ‘dosa’ mereka kepada para penyokong. Mereka bertanggunjawab di atas aib tewas 9-0 di tangan Leicester pada Jumaat lalu.

Para pemain dan jurulatih merasakan para peminat dan kelab tidak berhak sama sekali menerima aib seperti ini.

Mereka juga berpendapat, mereka tak layak untuk menerima gaji sehari, pada hari perlawanan itu.

Kelab dalam kenyataan rasmi mereka berkata: “Semua pemain dan jurulatih Kelab bola sepak Southampton telah mengisytiharkan bahawa, mereka akan mendermakan gaji mereka pada hari Jumaat lalu kepada Saints Foundation.”

“Skuad Southampton telah berada di Staplewood Campus sepanjang hujung minggu ini, berusaha untuk memperbaiki apa yang mampu untuk kelab penyokong.”

“Sebagai langkah permulaan, pasukan ini telah memutuskan untuk menyerahkan gaji mereka untuk hari perlawanan menentang Leicester kepada Yayasan Saints, untuk membantu yayasan tersebut melakukan kerja-kerja kebajikan.”

Sebagai tambahan, Yayasan Saints merupakan pertubuhan amal yang membantu kanak-kanak, belia dan juga orang dewasa yang memerlukan. Yayasan tersebut cuba membantu mereka untuk membangunkan potensi diri dan mengubah nasib mereka.

2 perlawanan seterusnya, Southampton akan berkunjung ke Etihad – 2 kali – untuk aksi Piala Liga dan juga aksi EPL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN