“Pemain Bukan Mesin”- TMJ Bidas Kenyataan Kim Pan-Gon

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kembali tampil dengan kenyataan yang agak pedas hari ini mengenai isu panas pemain menolak untuk mewakili skuad kebangsaan.

Sebelum itu, pengendali Harimau Malaya iaitu Kim Pan-gon telah meluahkan rasa kecewa bercampur terkejut selepas melihat situasi ada ramai pemain yang menolak untuk mewakili kem kebangsaan untuk persediaan Piala AFF 2022.

Jelas Pan-gon ketika itu, beliau akui ini situasi pertama kali dalam hidupnya sebagai jurulatih negara yang terpaksa menguruskan pasukan tanpa pemain utama.

“Ya, dalam karier saya ini kali pertama… saya perlu positif, saya boleh lihat lebih banyak pemain yang kita sudah cungkil bakat dan saya boleh melihat mereka secara bersemuka, bantu dan yakinkan mereka.

Kami (juga) boleh meluaskan (panggilan untuk kem latihan berpusat kebangsaan) kepada lebih ramai pemain dan akan ada lebih banyak persaingan dalam pasukan kebangsaan. Jadi, saya mahu kekal positif,” katanya menerusi Berita Harian semalam.

Daripada 12 pemain yang menarik diri, tujuh daripadanya merupakan tonggak utama daripada JDT dan keadaan ini menyebabkan TMJ membuka mulut untuk menjelaskan situasi sebenar.

Ulas TMJ, pemain tidak menolak panggilan tersebut dengan bersahaja tanpa sebarang alasan yang kukuh, ini kerana sebelum itu mereka telah memberi komitmen sepenuhnya di atas padang.

“Pemain tidak menolak buta-buta. Mereka sentiasa memberikan komitmen yang tinggi apabila mewakili pasukan kebangsaan. Kita bileh tengok dengan prestasi pemain dalam skuad kebangsaan apabila mereka bermain di setiap pertandingan yang ada dalam kalendar FIFA.

“Mereka memberi sepenuhnya. Tetapi pemakn juga adalah manusia yang bekerja, berlatih, bermain semenjak bulan Januari. Manusia mana kerja tanpa cuti?

“Negara jiran semua dah ikut konsep Eropah dimana kem latihan pusat hanya seminggu sebelum perlawanan. Piala AFF adalah piala yang mengacau pemain.

“Satu tahun main bola dan berlatih tanpa henti dan cuti hanya enam hari dalam satu tahun? Pemain bukan mesin,” luah TMJ di akaun Instagram.

TMJ juga menganggap individu yang mempertahankan isu Piala AFF itu sebagai seorang yang tidak bertimbang rasa dan menyatakan pemain sebelum itu sudah pun memberi komitmen sepenuhnya dalam kelayakan Piala Asia.

“Yang bayar gaji dan melabur adalah kelab bukan awak. Apa punya sikap pakai barang orang tetapi tiada sikap bertimbang rasa.

“Bayangkan anda beli dan bayar kereta, tapi orang lain pakai kereta sesuka hati mereka. Dan apabila rosak, anda yang kena betulkan,” tambah TMJ.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN