2 pemain Aston Villa, Jordan Ayew dan Rudy Gestede meraikan Hari Raya bersama sama dengan masyarakat muslim di sekitar Birmingham.
Mereka berdua telah diberikan perlepasan oleh kelab untuk meraikan hari penting dalam kalendar Islam tersebut.
Jordan dan Rudy dilihat memakai jubah tradisional. Mereka berjalan di sekitar kejiranan dan perumahan untuk menziarahi saudara seagama mereka yang meraikan Aidilfitri.
Aston Villa mengesahkan ia bukan sebahagian daripada program sosial kelab.
Rudy dan Jordan melakukannya atas kapasiti peribadi bukannya dibayar atas program kelab. Ia adalah sikap yang dikagumi masyarakat di sekitar bandar tersebut .
Ini kerana mereka tidak menyangka pemain bolasepak seperti Rudy dan Jordan yang berpendapatan berpuluh ribu seminggu sanggup meluangkan masa bersama masyarakat.
Ayew dan Gestede meminta cuti pelepasan untuk tinggal di rumah ketika Hari Raya terutamanya 1 Syawal.
Mereka tidak mahu cuma hanya duduk di rumah menantikan tetamu ‘khas’. Ayew menerangkan kepada media tentang ujian sepanjang Ramadan di England.
Ia adalah antara bulan yang sangat menguji keimanan mereka terutama untuk muslim yang tinggal di England kerana perlu berpuasa sekitar 18 jam sehari.
Jadi, mereka berdua tidak mahu melepaskan peluang untuk meraikan ‘hari kemenangan’ mereka pada Hari Raya.
Kedua dua pemain tersebut akan terbang ke Austria pada Isnin ini untuk menyertai kem pra musim di bawah kendalian jurulatih baru mereka, Roberto Di Matteo.
Jordan, Rudy dan kem Aston Villa dalam program pra musim yang lebih ketat kali ini kerana mereka mahu kembali ke Liga Perdana pada musim 2017/18.
Jordan Ayew dan Rudy Gestede akan bermain di Liga Championship bersama Aston Villa musim baru 2016/2017.
[adrotate banner=”9″]
Baca juga: Aston Villa Sah Dibeli Oleh Dr Tony Xia, Mahu Jadikannya Kelab Paling Popular Di China