Quantcast

BERITA

Aston Villa Sah Dibeli Oleh Dr Tony Xia, Mahu Jadikannya Kelab Paling Popular Di China

Aston Villa bakal menjadi milik ahli perniagaan China, Dr Tony Jiantong Xia selepas pemilik kelab, Randy Lerner bersetuju untuk menjual kelab kepadanya.

Dr Tony Xia, pemilik dan CEO gergasi konglomerat China Recon Group yang terlibat dalam industri IT, pertanian, pengangkutan, kejuruteraan, kewangan dan pelancongan akan bertindak sebagai pengerusi Villa yang baru.

Dengan keluarnya Randy Lerner dari Aston Villa, penyokong kelab pastinya bergembira. Kini mereka boleh fokus kepada masa depan baru kelab. Oleh itu, Dr Tony Xia mesti membuktikan kemampuannya.

Sasaran Tony Xia

Menurut laman web rasmi Villa, Dr Tony Xia – yang juga merupakan peminat Villa – menyasarkan kelab itu untuk mencapai promosi dari Championship pada musim depan untuk mencapai objektif berikut:

  • meletakkan kembali Villa di kedudukan ke-6 teratas Premier League
  • melayakkan Villa ke kejohanan Eropah
  • menjadikan Villa sebagai kelab paling popular di China

Laman web rasmi Villa juga turut memberitahu Dr Tony Xia sendiri merupakan bekas pemain bola sepak ketika beliau di kolej. Beliau bermain di posisi penyerang. Walaupun tidak lagi bermain secara aktif, bola sepak masih menjadi minatnya.

Dengan pembelian ini, Aston Villa akan dijadikan produk terbaru divisyen perniagaan sukan dan pelancongannya.

Calon pengurus Villa yang baru

Tugas pertama Dr Tony Xia sebagai pemilik Villa yang baru adalah melantik pengurus pasukan untuk mendukung hasratnya mencapai promosi ke Premier League.

Menurut laporan The Guardian, Nigel Pearson dan Roberto Di Matteo merupakan calon pilihan untuk jawatan tersebut.

Baca juga: Stiliyan Petrov Mahu Bantu Aston Villa Di Championship, 4 Tahun Selepas Sembuh Leukemia

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!