Stiliyan Petrov Mahu Bantu Aston Villa Di Championship, 4 Tahun Selepas Sembuh Leukemia

Musim 2015/2016 mungkin bukan musim paling menggembirakan bagi penyokong Aston Villa selepas sah disingkirkan dari Premier League. Tetapi musim depan mereka mungkin mempunyai sebab untuk senyum kembali.

Ini kerana lagenda kelab dan bekas kapten mereka, Stiliyan Petrov bakal kembali bermain dalam arena bola sepak profesional dan mahu berjuang bersama Aston Villa di Championship untuk kembali ke Premier League.

Petrov mengumumkan hasratnya itu ketika pelancaran hari golf Stiliyan Petrov Foundation kelmarin.

petrov

Petrov yang kelihatan sudah kembali ke bentuk fizikal terbaiknya berkata:

“Saya mahu kembali bermain lagi. Saya dah beritahu Aston Villa yang saya bersedia menyertai pra-musim bersama mereka. Mereka akan mempertimbangkan cadangan saya.”

Menghidap leukemia

Pada Mac 2012, pemain tengah dari Bulgaria itu didiagnosis mempunyai penyakit acute leukemia – sejenis kanser yang menyebabkan sel darah merah berkurang – sehingga menyebabkan beliau terpaksa mengumumkan persaraan.

Petrov bagaimanapun bernasib baik. Ketika doktor tidak meletakkan harapan tinggi bagi Petrov untuk sembuh kerana umurnya, Petrov berjaya menyangkal jangkaan doktor dan sembuh sepenuhnya pada 2014.

Ketika pemain lain sudah berfikir untuk meneruskan hidup selepas bersara, Petrov bagaimanapun berusaha untuk kembali bermain bola sepak – bermula dengan Sunday League.

Pada 2014, Petrov bermain untuk pasukan Wychall Wanderers dalam Sunday League. Pada Mac 2015, beliau menyertai staf kejurulatihan Aston Villa.

Kini sejak April 2016, Petrov berlatih dengan skuad bawah-21 Aston Villa dengan harapan untuk kembali bermain secara profesional – 4 tahun selepas menghidap leukemia.

“Saya bekerja keras untuk kembali (ke bola sepak profesional). Saya bermula dengan larian perlahan, kemudian bola sepak 5 sebelah dan kemudian 11 sebelah di separuh padang. Kemudian, Sunday League.”

“Saya juga diberi kebenaran untuk berlatih bersama pasukan bawah-21 Aston Villa sejak 4 bulan lepas. Saya dah menjalani beberapa ujian dan kecergasan saya sah mencapai tahap sebelum saya bersara.”

Mahu rebut peluang semula

Bagi Petrov, leukemia merampas karier bola sepaknya – karier yang dibinanya sejak kecil.

“Leukemia merampas segala kerja keras saya untuk menjadi pemain bola sepak. Kini saya dah sihat. Saya mahu rebut semula peluang tersebut. Kalau tak dapat pun, sekurang-kurangnya saya dah mencuba.”

Petrov juga percaya beliau boleh bermain sehingga umur 40 tahun.

“Saya berumur 36 tahun, Tapi ada pemain yang masih bermain pada umur 38, 39, 40. Saya jaga badan saya dan saya rasa saya boleh (bermain secara profesional semula).”

Mahu bangkit bersama Aston Villa

Bercakap mengenai penyingkiran Villa ke Championship pada musim depan – kali pertama Villa tersingkir dari divisyen pertama England sejak musim 1987/1988 – Petrov mahu menjadi sebahagian daripada skuad yang menaikkan Villa kembali.

“Mereka (Villa) tersingkir bukan kerana kesilapan individu. Sebaliknya kerana kesilapan berpasukan.”

“Pemain perlu sedar dalam 12 bulan akan datang, mereka perlu bangkit dan bersedia. Penyokong, ahli lembaga pengarah yang baru, pemain, semuanya perlu bersedia berkerja keras kerana kita akan main setiap Selasa-Sabtu-Selasa.”

“Tapi jika semua orang bekerja keras dan bangkit, kita boleh jadikan kelab ini hebat semula.”

Laman web Stiliyan Petrov Foundation: www.thestiliyanpetrovfoundation.com

Baca juga: 7 Hadiah Krismas Paling Terbaik (Dan Paling Teruk) Yang Diterima Peminat Bola Sepak

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN