Cristiano Ronaldo v Griezmann; Statistik Yang Anda Perlu Tahu

Kami telah mendapat statistik opta yang digunakan untuk membuat berberapa perbandingan di antara 2 pemain penting menjelang final Ahad ini.

2 pemain tersebut ialah Cristiano Ronaldo dan Antoine Griezmann

Kedua dua pemain ini pernah bertemu di final Eropah pada Mei di Liga Juara-Juara Eropah.

Real Madrid menewaskan Atletico Madrid melalui penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1. Ronaldo adalah penjaring penalti kemenangan.

Griezmann adalah antara pemain yang bermain untuk pasukan yang tewas.

Analisis

Kami cuba membandingkan mereka dalam berberapa aspek utama. Relevan untuk membandingkan mereka kerana mereka berdua adalah penggempur utama dalam pasukan masing masing.

Ronaldo adalah pemain yang banyak bermain false 9 dan second striker.

Manakala Griezmann adalah second striker walaupun dalam berberapa perlawanan bermain di bahagian sayap.

Gol Dan Assist

Griezmann telah terlibat dalam lapan gol untuk Perancis dengan 6 gol dan 2 assist. Ini bermakna Griezmann akan terlibat dalam gol Perancis dalam setiap 54 minit.

Sebaliknya, Ronaldo hanya menjaringkan 3 gol dan 2 assist dengan purata beliau terlibat dalam 121 minit untuk setiap gol Portugal.

Hantaran Tepat

Ronaldo telah melakukan 171 hantaran tepat dan Griezmann pula dengan 156.

Namun jika dibahagikan dengan minit. Ronaldo melakukan 0.28 hantaran tepat per minit. 

Griezmann pula jauh lebih baik dengan 0.36 hantaran tepat per minit.

Dari segi kualiti hantaran, Ronaldo lebih baik dengan 85% hantaran adalah tepat berbanding Griezmann dengan 82%.

Mencipta Peluang

Ronaldo setakat ini telah mencipta 11 peluang gol dan Griezmann dengan 10. Ratio Ronaldo adalah 0.018 ciptaan peluang per minit.

Manakala Griezmann masih lagi lebih baik dengan 0.023 ciptaan peluang per minit.

Cubaan Gol

Ronaldo telah mencatat 44 cubaan gol berbanding 24 cubaan sahaja oleh Griezmann.

Ronaldo memiliki ratio cubaan gol yang lebih aktif daripada Griezmann. 

Beliau melakukan 0.072 cubaan gol per minit. Griezmann cuma melakukan 0.055 cubaan gol per minit.

Dalam purata lain Ronaldo sangat aktif kerana melakukan 7.33 cubaan gol untuk setiap perlawanan berbanding hanya 4 cubaan gol untuk setiap perlawanan oleh Griezmann.

Ancaman Gol

Di atas adalah kuantiti cubaan gol. Bagaimana pula dengan ketajaman?

Griezmann terlalu unggul dengan 63% cubaan tepat dan shots conversion 25%.

Manakala Ronaldo agak struggle apabila cuma ada ketepatan 39% dan cuma 7% shots conversion.

Verdict

Di atas adalah data perbandingan secara individu dan ia tidak ada kaitan dengan menentukan mana pasukan yang lebih baik.

Bolasepak adalah permainan berpasukan dan 2 pemain di atas cuma instrumen penting kepada pasukan masing-masing.

Portugal masih belum pernah menewaskan Perancis dalam tempoh 38 tahun.

Antoine Griezmann sudah pasti sudah meletakkan kekecewaan final Liga Juara-Juara di belakang beliau.

Secara umumnya, kami merasakan Antoine Griezmann adalah pendahulu senarai pemain terbaik kejohanan kali ini.

[adrotate banner=”9″]

Baca juga: Wales v Portugal; Mendaki Tangga Untuk Mencipta Sejarah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN