Sergio Aguero rasmi bersara daripada bola sepak. Merupakan antara penyerang paling berbisa pernah disaksikan oleh dunia bola sepak dari 2000-an sehingga 2010-an, kehebatan Aguero mulai mencuri tumpuan sejak usia belasan tahun.
Mencipta nama sejak bersama Atletico Madrid sebelum berhijrah ke Manchester City, Aguero kemudiannya menyertai Barcelona selaku pemain ejen bebas pada musim panas yang lalu.
Namun masalah jantung yang dialaminya telah memaksa pemain ini untuk bersara lebih awal. Berikut adalah antara rekod-rekod luar biasa yang pernah dihasilkan pemain ini ketika bergelar pemain.
1. Penjaring terbanyak Manchester City sepanjang zaman
Sergio Aguero meninggalkan Manchester City dengan status sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman.
Penyerang dari Argentina itu mejaringkan sebanyak 260 gol sejak menyertai Manchester City – sekali gus membantu mengangkat martabat kelab Manchester itu sebagai antara gergasi bola sepak Inggeris dan juga Eropah.
🤩 When @aguerosergiokun became the all-time record goalscorer for #ManCity…#MCFC | @ManCity pic.twitter.com/dc8taqyq85
— City Xtra (@City_Xtra) June 2, 2020
Rekod jaringan Aguero jauh mengatasi rekod sebelumnya yang dihasilkan oleh Eric Brook iaitu sebanyak 177 gol.
2. Pemain asing terbaik EPL
Bukan sahaja Aguero tampil sebagai pemain penyerang terbaik Manchester City pernah miliki. Beliau juga merupakan pemain asing terbaik pernah beraksi di Liga Inggeris.
– Most Premier League goals scored by a foreign player: 184
– Most Premier League goals for a single club
– Best minutes-per-goal ratio in league history: 108
– Most Premier League hat-tricks: 12
– Most Premier League Player of the Month awards: 7Thank you Sergio Aguero. ❤️ pic.twitter.com/ASKxt5U9E7
— BettingOdds (@BettingOddsUK) December 15, 2021
Rekod 184 gol yang dihasilkan di EPL setakat ini belum boleh disamai oleh mana-mana pemain penyerang asing lain yang pernah menabur bakti di England.
3. Penjaring keempat tertinggi di Premier League
Merupakan penyerang asing terbaik di EPL, rekod jaringan yang dihasilkan di EPL berada di kedudukan keempat – hanya di belakang pemain-pemain legenda Inggeris yang lain seperti Alan Shearer, Wayne Rooney, dan Andy Cole.
Namun jika dibandingkan dengan tiga pemain itu, tempoh Aguero beraksi di EPL jauh lebih singkat. Secara keseluruhan, Aguero beraksi selama 10 musim di pertandingan tersebut.
4. Gol terbanyak untuk satu kelab di Premier League
Sergio Aguero mencetak 184 gol untuk Manchester City. Jumlah tersebut menjadikannya pemain dengan jumlah gol terbanyak untuk satu kelab.
Rekod tersebut mengalahkan rekod Thierry Henry dan Alan Shearer, dan sehingga kini masih lagi lebih baik sekiranya dibandingkan dengan pesaing terdekat untuk rekod tersebut, iaitu Harry Kane.
5. Pemain termuda di Liga Argentina
Ketika melakukan penampilan profesional pertamanya bersama Independiente di Liga Argentina, Aguero berusia 15 tahun 35 hari pada ketika itu.
#OnThisDay in 2003 @aguerosergiokun made his @Independiente debut aged only 15. The youngest player to appear in Argentina's top flight. Crack 🇦🇷 pic.twitter.com/20PiwwPzKD
— GOLAZO (@golazoargentino) July 5, 2020
Catatan tersebut menjadikan beliau sebagai pemain termuda pernah melakukan penampilan di Liga Argentina yang sebelum itu dipegang oleh Diego Maradona
6. Hattrick terbanyak di Premier League
Sergio Aguero menjadi pemain dengan rekod hattrick terbanyak di Premier League apabila menghasilkan 12 hatrik.
Another record! @aguerosergiokun has now scored the most hat-tricks ever in the Premier League 🎩 pic.twitter.com/CHbxzx51mz
— B/R Football (@brfootball) January 12, 2020
Rekod tersebut memadam rekod lama oleh Alan Shearer yang meledak 11 hatrik sepanjang kariernya di Premier League.