Piala AFF 2020: Tidak Seperti Malaysia, Perancangan ‘Genius’ Shin Tae-yong Buahkan Hasil

Indonesia Vietnam Piala AFF 2020 perancangan genius shin tae-yong

Perancangan ‘genius’ pengendali Indonesia, Shin Tae-yong telah membantu Indonesia untuk mengikat Vietnam dengan keputusan seri tanpa jaringan – perlawanan pertama di Piala AFF Suzuki 2020 berakhir tanpa jaringan.

Sedar sukar untuk mereka menang ke atas Vietnam, Shin Tae-yong telah menggunakan perancangan ‘genius’.

Bermula dengan permainan bertahan seperti Laos ketika berdepan Vietnam, ia seolah-olah membantu mereka meneruskan permainan yang terbuka di babak kedua dengan penuh keyakinan. Tidak seperti Malaysia yang bermain ‘open play’ sejak awal, Malaysia dibolosi sehingga tiga gol dalam aksi Kumpulan B, sebelum ini.

‘Doubling Line Defend’ – Perlukah Malaysia ‘Ciplak’ Cara Laos Bendung Vietnam?

Indonesia bermain dengan formasi 5-4-1 dan sebagaimana yang dilakukan Laos, mereka bermain bertahan atau ‘Park The Bus’ sepanjang babak pertama. Hasilnya mereka langsung gagal dibolosi oleh Golden Dragon.

Mengetahui Vietnam berbahaya di jentera serangan terutamanya Nguyen Quang Hai dan Nguyen Cong Phuong, Indonesia cuba menutup segala ruang yang ada di defensive third mereka. Zon itu dipadatkan dengan dua lapisan benteng iaitu jentera tengah menjadi benteng pertama sebelum lawan tiba ke benteng sebenar.

Diketuai oleh Rizky Ridho di benteng, Garuda berjaya merantai pergerakan pemain-pemain lincah lawan.

Dengan 20 peratus penguasaan permainan, jelas yang Indonesia mahu bertahan sahaja di babak pertama.

first half Indonesia Vietnam AFF 2020
FOTO: Official AFF

Memasuki babak kedua, Shin Tae-yong membuat pertukaran gaya permainan dengan kemasukkan arkitek era moden Indonesia, Evan Dimas. Indonesia bermain lebih terbuka berbanding di babak pertama yang defensif.

Begitupun, blok pertahanan mereka yang mendapat keyakinan hasil keberkesanan perancangan ketika di babak pertama dilihat kekal berdisiplin ketika diasak Vietnam. Kecederaan Cong Phuong di penghujung babak pertama menyaksikan Vietnam terpaksa membuat pertukaran dengan kemasukkan penyerang, Nguyen Tien Linh.

Selepas 58 minit barulah Garuda berjaya membuat percubaan pertama ke gawang lawan menerusi Ezra Walian, namun ia telah dihadang untuk memberikan sepakan penjuru pertama buat mereka sepanjang perlawanan.

Dengan Vietnam semakin kehilangan fokus, Indonesia cuba mengambil alih sedikit penguasaan bola. Namun, benteng ampuh Golden Dragon jelas menyukarkan buat mereka untuk memecahnya. Taktikal ‘Park The Bus’ di babak pertama memberi keyakinan tambahan buat Indonesia untuk bermain dengan baik di babak kedua.

Sementara buat Vietnam pula, mereka hanya mampu membuat percubaan jarak jauh dari luar kotak penalti, berbanding ketika berdepan Malaysia, mereka bebas mengasak di depan gawang gol. Penjaga gol Garuda, Nadeo Argawinata hanya diuji dua kali sepanjang aksi, itupun hanya menerusi percubaan lemah Vietnam.

Dengan keputusan ini, Indonesia kekal di puncak Kumpulan B, Piala AFF Suzuki dengan tujuh mata, berkongsi mata dengan Vietnam, sementara Malaysia di kedudukan ketiga dengan enam mata. Ketiga-tiga pasukan masih berbaki satu perlawanan dengan Malaysia akan bercakar dengan Indonesia untuk salah satu tiket semi final.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN