Piala AFF 2020: Dominic Tan Tekad Beri Aksi Terbaik Lawan Indonesia

Dominic Tan

Hanya aksi terbaik sahaja yang mampu diberikan oleh Dominic Tan menjelang perlawanan penentuan menentang Indonesia Ahad ini.

Beliau yang tidak dapat menjanjikan apa-apa nekad untuk memberi segalanya kerana keutamaan ketika ini hanyalah beraksi buat negara.

Jelas Dominic, beliau tidak perlu buktikan apa-apa kepada sesiapa sahaja tetapi nekad beraksi demi negara, keluarga, dan rakan sepasukan yang sentiasa menyokong.

Tambah beliau, ketika liga sudah pun berehat, rakan sepasukan lain masih gigih bersama berjuang demi negara, maka aksi terbaik amat dituntut ketika menentang Indonesia nanti.

Dominic yang mengakui kesilapan beliau ketika bertemu Vietnam sebelum ini tekad bangkit untuk mempamerkan aksi lebih menyakinkan pda perlawanan akan datang.

Sebelum itu, pemain baharu Sabah FC ini dikritik tajam oleh segelintir pemerhati bola sepak negara dek kerana aksi beliau yang agak longgar selaku pemain gantian.

Ekoran masalah kecederaan yang melanda duo pertahanan utama negara, Aidil Zafuan dan Shahrul Saad ketika ini. Ia  akan memberi laluan buat Dominic membarisi kesebelasan utama pertahanan negara.

Beliau kemungkinan besar akan bergandingan bersama Dion Cools yang dijangka akan tiba hari ini untuk menyertai perjuangan skuad negara dalam saingan Piala AFF 2020.

Malaysia akan bertemu Indonesia dalam perlawanan winner takes all pada Ahad ini jam 8.30 malam waktu Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN