Para pemain dari skuad Arsenal akan menerima bonus sehingga £500,000 (RM2.7 juta) setiap seorang andai mereka berjaya menewaskan Southampton dalam aksi saingan Premier League minggu ini.
The Gunners bakal melayan kunjungan Southampton ke Emirates pada minggu ini dalam usaha mereka untuk terus mengukuhkan kedudukan di puncak saingan liga.
Seandainya skuad kendalian Mikel Arteta itu berjaya mengutip tiga mata penuh dari perlawanan pada awal pagi esok itu, mereka bakal mendahului City dengan kelebihan 7 mata.
A victory over Southampton on Friday will guarantee Arsenal a place in the Champions League next season. pic.twitter.com/nNA4UV7Q8w
— ARDENT GOONER (@saltimes) April 17, 2023
The Citizens sementara itu tidak akan bermain dalam saingan liga pada minggu ini kerana mereka bakal turun beraksi di pentas Piala FA pada hujung minggu nanti.
Arsenal jelas sekali sangat terdesak mahu mendapatkan semula rentak kemenangan mereka selepas mereka mencatatkan dua keputusan seri berturut-turut bertemu Liverpool dan West Ham.
Dua keputusan seri itu secara tak langsung membuka ruang yang lebih luas kepada Manchester City untuk bersaing dan memintas Arsenal yang kini sedang berada di puncak saingan liga itu.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu juga turut mempunyai kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan berbanding Arsenal, dan kerana mereka tiada perlawanan pada minggu ini, maka mereka bakal mempunyai kelebihan kurang dua perlawanan berbanding pendahulu carta liga itu.
Seandainya City menang kedua-dua baki perlawanan itu, maka mereka hanya kekurangan satu mata sahaja dibelakang Arsenal andai The Gunners berjaya tewaskan Southampton.
A Win today for Arsenal will confirm Champions League Football for the 2023/24 season
Tonight we feast or we feast. pic.twitter.com/AVDM3w2Pbk
— UNCLE 6💡 (@kevyn64005826) April 21, 2023
Arsenal sudah tidak boleh keciciran mata lagi kerana selepas bertemu Southampton, mereka bakal turun bertemu Man City di Etihad Rabu hadapan.
Namun begitu, seandainya Arsenal berjaya tewaskan Southampton minggu ini, mereka sebenarnya sudah mengesahkan kedudukan untuk layak ke saingan Champions League musim hadapan.
Menang bertemu Southampton sahaja sudah cukup untuk memastikan yang Arsenal akan mengakhiri saingan liga musim ini dikedudukan empat teratas.
Skuad Arsenal bakal dapat bonus besar layak ke saingan UCL buat pertama kali sejak 2017
Layak ke pentas saingan terbesar bola sepak Eropah itu bakal menerima hadiah sekurang-kurangnya £50 juta dan tambahan mereka juga bakal mendapat tambahan bonus penyiaran.
Hasil keuntungan dari bonus-bonus itu juga akan diagihkan kepada para pemain dari skuad utama mereka.
Arsenal players in line for bonuses of up to £500,000 EACH if they qualify for the Champions League: EXCLUSIVE BY ADRIAN KAJUMBA: A one-off bonus would be due to the squad for finishing in the top four which is then divided among the squad. The amount is… https://t.co/dYL4rAJuTh pic.twitter.com/zZnpbRa9WQ
— ArsenalFC_MP (@ArsenalFC_MP) March 7, 2022
Musim lalu, terdapat laporan yang menyatakan bahawa skuad Arsenal telah dijanjikan bonus yang luar biasa lumayan seandainya mereka layak ke saingan Champions League.
Para pemain dijanjikan bonus sehingga £500,000 setiap seorang andai mereka berjaya mengesahkan tempat layak ke saingan terbesar bola sepak Eropah itu.
The Daily Mail mendakwa yang bonus tersebut akan diberikan kepada setiap pemain Arsenal seandainya mereka mampu mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas musim lalu.
Namun begitu, Arsenal pada musim lalu gagal untuk melakukan hal tersebut dengan mereka tidak berada di kelompok empat teratas pada penghujung musim.
A win against Southampton tonight will mean Mikel Arteta and his players will definitely be hearing the Champions League anthem at the Emirates next season.
A look at what that could mean for Arsenal 👇https://t.co/noGFtGFM2m
— Charles Watts (@charles_watts) April 21, 2023
Musim ini, dengan perjanjian itu masih aktif, para pemain jelas sekali akan menerima bonus lumayan itu andai mereka mampu tewaskan Southampton.
Hal ini kerana mereka sudah pasti akan mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas andai berjaya tewaskan Southampton di Emirates awal pagi nanti.
Walau bagaimanapun, seandainya Arsenal keciciran mata lagi, bukan hanya bonus mereka sahaja yang akan tertangguh, namun harapan mereka untuk menang liga juga mungkin berada dalam bahaya.