Permulaan cemerlang Chelsea dengan 100% kemenangan di dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini akhirnya dipadam oleh West Ham semalam selepas kedua-dua pasukan itu mencatat keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan malam tadi.
Sebelum itu ia adalah permulaan cemerlang oleh Maurizio Sarri bersama Chelsea setelah tiba di Stamford Bridge pada musim panas lalu dari Napoli dengan lima kemenangan berturut-turut.
Namun demikian, Sarri dan Chelsea terpaksa berpuas hari dengan satu mata ketika berhadapan dengan West Ham.
West Ham sebelum ini tewas dua perlawanan di tempat sendiri, dan Pellegrini berpuas hati dengan corak permainan pasukannya kali ini.
Rahsianya ialah dengan membenarkan Chelsea menagawal penguasaan bola di sebelah kanan, dan menyekat Marcos Alonso dan Eden Hazard bebas di sebelah kiri permainan.
“Secara taktikal, kami membenarkan Chelsea menguasai bola di mana kami mahukan. West Ham juga bertahan dengan baik,” ujar Pellegrini.
“Mereka beraksi dan mengawal bola kebanyakkannya di sebelah kanan. Sebab itu mereka gagal mencipta banyak peluang,” tambah Pellegrini.
Chelsea juga harus bersyukur apabila Andriy Yarmolenko terlepas peluang terbaik apabila menanduk liar peluang terbuka ketika berhadpan dengan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga di babak akhir permainan.
Hazard beraksi dengan baik untuk Chelsea di dalam sistem Sarri sejak permulaan kempen musim ini.
Hatrik beliau ketika membantu Chelsea bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Cardiff City sebelum ini membuktikan kepentingan pemain antarabangsa Belgium tersebut kepada Chelsea pada musim ini.
Namun dalam perlawanan menentang West Ham pada malam tadi, Pellegerini berjaya mengarahkan pasukannya menyekar Hazard.
Peluang terbaik Chelsea untuk menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut hadir melalui Alvar0 Morata, selepas bekas penyerang Real Madrid itu dibawa masuk untuk menggantikan Olivier Giroud.
Namun percubaan pemain tersebut berjaya dihalang oleh Lukasz Fabianski yang turut beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut.