Allegri Puji Kekuatan Mental Dipamerkan Cristiano Ronaldo

Pengurus Juventus Massimiliano Allegri menghamburkan pujian kepada Cristiano Ronaldo selepas pemain bintangnya itu menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Frosinone.

Bagi Allegri, Ronaldo adalah pemain yang mempunyai kekuatan mental yang sangat kuat, terutama selepas apa yang dilalui oleh pemain itu dalam perlawanan sebelum ini.

(Photo credit should read FILIPPO MONTEFORTE/AFP/Getty Images)

Ronaldo meletakkan kekecewaan dalam aksi UEFA Champions League di belakang dengan menjaringkan gol pertama Juventus dalam perlawaan yang sukar menentang Frosinone pada Ahad.

Penerima anugerah Ballond d’Or sebanyak lima kali itu sebelum ini jelas kecewa apabila dilayangkan kad merah dalam perlawanan menentang Valencia pada pertengahan minggu lalu.

Perlawanan tersebut merupakan penampilan pertama Ronaldo untuk Juventus di pertandingan tersebut.

(Photo credit should read ANDREAS SOLARO/AFP/Getty Images)

Dalam perlawanan menentang Frosinone, Juventus bergelut memecah kebuntuan sebelum Ronaldo berjaya meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-81 perlawanan.

Satu lagi jaringan juara bertahan Serie A itu dijaringkan oleh Federico Bernardeschi di babak akhir perlawanan.

Kemenangan 2-0 tersebut terus menjamin permulaan sempurna Juventus pada musim ini, dengan lima kemenangan dari semua  perlawanan Serie A setakat ini.

(Photo by Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images)

Juventus turut menewaskan Valencia 2-0 di Sepanyol walaupun beraksi dengan 10 pemain selama lebih satu jam.

Ronaldo sebelum jaringan tersebut turut terlepas beberapa peluang untuk meletakkan Juventus di hadapan, namun akhirnya kekal fokus untuk membantu Juventus menang perlawanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN