Akmal Rizal Nafi ‘Terasa Hati’ Dengan Marcote

Bekas penyerang pasukan Kedah dan skuad kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menafikan beliau terasa hati dengan Ramon Marcote sehingga mengundang beliau melakukan kritikan terhadap bekas ketua jurulatih Kedah itu.

Dalam satu temuramah yang dilakukan oleh Semuanya BOLA bersama Marcote baru-baru ini, jurulatih dari Sepanyol itu dikatakan terkejut dengan kritikan yang dilemparkan Akmal Rizal selepas beliau direhatkan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) pada Mac lalu.

Marcote berpendapat kritikan oleh Akmal adalah kerana bekas pemain itu mungkin terasa hati dengan beliau kerana tidak mempertimbangkan permohonan Akmal sebagai pembantu jurulatih pasukan Kedah.

Foto: KFA

Akmal dikatakan menghantar email kepada Marcote pada Disember 2017, namun hanya disedari oleh Marcote tujuh bulan selepas itu, setelah beliau kembali ke Sepanyol.

Ketika dihubungi oleh Semuanya BOLA, Akmal mengakui ada menghantar permohonan kepada Marcote sebagai pembantu jurulatih Kedah.

“Ya betul. Saya ada menghantar permohonan kepada beliau selepas beliau ingin dilantik menjadi jurulatih Kedah.

“Itu adalah selepas saya lulus lesen kejurulatihan B AFC tahun lepas. Saya juga ada menghantar permohonan dan juga CV saya kepada pihak KFA,” ujar Akmal.

Namun demikian disebabkan oleh tiada kekosongan jawatan, permohonan Akmal tidak diterima.

Namun demikian, Akmal Rizal yang pernah berkelana di Perancis satu masa dahulu berkaya beliau akhirnya diterima untuk menyertai Piala Belia Kedah pada Mei tahun ini, selepas terdapat kekosongan jawatan Pembantu Jurulatih.

Mengulas mengenai hubungan beliau dengan bekas ketua jurulatih Kedah itu, Akmal dipetik sebagai berkata:

“Saya tidak ada masalah dengan beliau (Ramon Marcote). Saya juga tidak tersingung atau rasa apa-apa kerana tidak berada di dalam pasukan kejurulatihan Kedah.

“KFA sendiri turut memaklumkan kepada saya (keadaan sebenar),” jelas Akmal.

Akmal turut menjelaskan mengenai komen beliau sebelum ini selepas KFA memutuskan untuk merehatkan Marcote dari jawatan ketua jurulatih.

“Saya tidak pernah mengkritik beliau tetapi selepas beliau direhatkan KFA, media kemudiannya menghubungi dan bertanya pendapat saya.

“Saya jawab saya setuju sebab prestasi Kedah pada masa itu tidak berada dalam tahap yang terbaik sejak beliau mengambil alih pasukan Kedah.

Akmal juga mempunyai alasan beliau tersendiri mengapa beliau berpendapat sedemikian.

“Kebanyakkan pemain ialah pemain yang sama (dari musim lalu). Cuma dua pemain import baharu adalah baru.

Foto: KFA

“Sebagai sebuah pasukan yang terbaik di Malaysia selepas JDT dan Pahang, saya berpendapat Kedah perlu berada dalam kelas yang tersendiri, dan bukannya perlu bermula dari bawah lagi.”

“Pemain-pemain yang ada telah buktikan yg mereka mampu mara sebagai finalist Piala Malaysia pada musim sebelumnya.”

“Sebab itu saya bersetuju dgn tindakan KFA. Mungkin ada yang berkata terlalu awal untuk merehatkan Marco (Ramon Marcote) dan perlu beri lebih masa untuk beliau.”

“Okay, kalau beri lebih masa dan masih gagal siapa pula yang akan dipersalahkan?”

“Sudah tentu KFA juga sebab akan ada yang berkata, ‘itulah KFA tidak ambil tindakan awal”, jelas Akmal lagi.

Akmal Rizal turut berkata beliau menghormati Ramon Marcote, apatah lagi dengan segala kelayakkan yang dimiliki oleh jurulatih yang pernah bersama unit pembangunan Atletico Madrid itu.

Akmal turut berharap akan ada kelab-kelab lain yang berminat untuk mendapatkan kepakaran jurulatih itu pada masa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN