Pellegrini Hairan Mengapa Arsenal Lepaskan Pemain Sehebat Wilshere

Tatkala Unai Emery menjangkakan Jack Wilshere akan diberikan sambutan hangat ketika kembali ke Stadium Emirates pada hujung minggu ini sebagai pemain West Ham, rakan sejawat beliau, Manuel Pellegrini masih kehairanan mengapa pemain sehebat itu dibenarkan meninggalkan Arsenal.

Wilshere dijangka akan berada di dalam kesebelasan utama West Ham dalam perlawanan menentang Arsenal, dalam misi kelab tersebut memburu mata pertama pada musim ini.

(Photo by Rob Newell – CameraSport via Getty Images)

Emery menekankan Wilshere akan kekal sebagai watak yang dihormati di Arsenal, setelah pemain tersebut tampil di dalam 125 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), selama tempoh 11 tahun buat The Gunners.

Wilshere mengucapkan selamat tinggal kepada Arsenal pada Julai lalu untuk menyertai West Ham secara percuma.

Emery menegaskan perpindahan Wislhere adalah demi karier pemain itu sendiri dan pernah berkata:

“Saya berbicara bersama beliau selama 15 minit di Pusat Latihan Colney sebelum beliau pergi. Perkara pertama saya mahu beliau tahu ialah saya menghormati beliau kerana karier beliau di sini. Selepas itu, beliau dibenarkan membuat pilihan untuk apa yang terbaik demi karier.”

“Saya tahu penyokong Arsenal juga menghormati beliau, dan Wilshere akan diberikan sambutan hangat pada Sabtu ini.”

“Selepas itu kami akan fokus kepada permainan dan mahukan kemenangan. Tetapi saya mengharapkan yang terbaik untuk karier beliau.”

Wilshere beraksi dalam dua perlawanan menentang Liverpool dan Bournemouth untuk skuad Pellegrini, namun tewas dalam dua perlawanan tersebut.

Wilshere ketika menyarung jersi Arsenal.

Menjelang perlawanan menentang Arsenal, Pellegrini juga berkata:

“Jack [Wilshere] adalah pemain yang sangat berkualiti. Saya tidak tahu sebab beliau menamatkan kontrak bersama Arsenal.”

“Lebih dari itu, saya tidak faham bagaimana Arsenal boleh melepaskan pemain dengan kualiti sebegitu pergi begitu sahaja untuk menyertai kami,” ujar Pellegrini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN