Walaupun Tewas 2 Perlawanan, Unai Emery Sudah Tunjuk Ketegasan Sebagai Pengurus Arsenal

Era Arsenal pasca Arsene Wenger jelas dihimpit dengan kesukaran yang cukup besar apabila dua perlawanan pertama Premier League mereka.

Unai Emery dan anak-anak buahnya menghadapi 2 kekalahan pertama liga selepas mereka tewas di tangan Manchester City dan juga Chelsea.

Walaupun telah tewas 2 perlawanan tersebut, Emery jelas menunjukkan kredibiliti beliau sebagai pengurus.

Menurut legenda Arsenal iaitu Ian Wright, Emery telah menunjukkan yang beliau tidak akan memihak kepada mana-mana pemain dalam skuad tersebut.

Bercakap kepada Sky Sports, Wright berkata Emery cukup lantang dalam keputusan beliau yang memilih untuk mengeluarkan Granit Xhaka dan Mesut Ozil ketika perlawanan menentang Chelsea.

Xhaka ditukarkan ketika rehat separuh masa sementara Ozil digantikan pada separuh masa kedua.

during the Premier League match between Chelsea FC and Arsenal FC at Stamford Bridge on August 18, 2018 in London, United Kingdom.

Hal ini kerana menurut Wright, kedua-dua pemain tersebut pastinya akan kekal di atas padang sekiranya Wenger masih lagi menjadi pengurus.

“Apa yang menarik perhatian saya adalah keputusan Unai Emery untuk menukarkan Granit Xhaka dan Mesut Ozil. Bagi saya ianya satu pertukaran yang amat besar.”

Menurut Wright, Emery kini sedang mewujudkan satu mentaliti dalam kalangan pemain iaitu pemikiran yang tiada satu pemain pun selamat di dalam skuad beliau.

Semua pemain perlu berusaha keras dalam usaha mendapatkan tempat di dalam skuadnya.

LONDON, ENGLAND – AUGUST 12: Unai Emery, Manager of Arsenal gives his team instructions during the Premier League match between Arsenal FC and Manchester City at Emirates Stadium on August 12, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

“Saya suka untuk melihat keadaan di Arsenal sekarang di mana para pemain berasa tempat mereka di dalam skuad tidak selamat ketika ini.”

“Emery seolah-olah memberi mesej yang jika ada pemain yang tidak menghasilkan kerja yang dimahukan, maka pemain itu akan disingkirkan.”

Arsenal akan menerima kunjungan West Ham United pada hujung minggu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN