Kehadiran Penyokong Merosot, Dua Penaja JDT Tarik Diri

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, YB. Dato’ Haji Ismail Karim hari ini mengumumkan penarikan diri 2 penaja pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim hadapan.

Menurut Ismail, penarikan diri penaja tersebut adalah kerana jumlah kehadiran penyokong di Stadium Larkin yang semakin merosot sehingga memberi impak kepada kantung kewangan JDT.

“Oleh kerana kehadiran penyokong yang semakin merosot, dua syarikat telah menarik diri daripada meneruskan menaja kelab pada pada musim hadapan.

“Oleh itu, saya ingin memaklumkan kepada para penyokong bahawa ini telah terjadi dan ia bermakna bajet peruntukan kita tahun hadapan telah berkurangan 20%-30% jika ingin dibandingkan dengan tahun ini.

“Kami mempunyai bajet yang kecil dan kurang berkemampuan untuk apa-apa pelaburan di dalam dan luar padang pada tahun hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di laman facebook rasmi JOHOR Southern Tiger (JST).

Melihat kepada komen dalam kenyataan oleh Haji Ismail ini, kami mendapati penyokong JDT telah terbahagi kepada 2 puak. Satu puak tidak menggemari Benjamin Mora dan satu puak lagi menyokong sesiapa sahaja yang dilantik sebagai ketua jurulatih JDT termasuklah Benjamin Mora. Mungkin itu merupakan salah satu faktor kemerosotan jumlah kehadiran penyokong JDT di Larkin.

Kehadiran penyokong dalam saingan Liga Malaysia pada musim ini diakui memang merosot berbanding musim lalu. Terdapat beberapa faktor yang mungkin mendorong kepada kekurangan jumlah kehadiran penyokong ke stadium sehingga memberi kesan kepada kantung kewangan pasukan.

Antara faktor tersebut ialah penyokong kita jenis memilih perlawanan dan hanya hadir ketika perlawanan panas sahaja. Malah, dengan adanya siaran langsung semua perlawanan di laman facebook dan iflix, mereka memilih untuk menjimatkan wang berbanding melabur untuk berkunjung ke stadium masing-masing jika perlawanan berlangsung pada hari bekerja.

Selain itu, jadual perlawanan yang kerap ditunda ditambah pula dengan rehat yang lama telah menarik balik ‘keghairahan’ penyokong untuk hadir di stadium. Pasukan masing-masing pula dilihat kurang memainkan peranan mereka untuk tarik kehadiran penyokong.

Meriah atau tidak saingan bola sepak di dalam negara, ianya adalah tanggungjawab kita. Begitu juga ketika pasukan menang dan kalah. Ianya adalah tanggungjawab kita sebagai penyokong untuk memberikan sokongan demi memastikan pasukan mampu bangkit.

Satu perkara yang wajib diterapkan oleh kebanyakkan FA dan kelab ialah untuk mewujudkan ‘sense of belonging’ di kalangan penyokong-penyokong bola sepak tempatan.

Di dalam konteks bola sepak, sense of belonging bermaksud membenarkan penyokong merasakan diri mereka adalah sebahagian daripada pasukan.

Alasannya mudah. Sebelum tajaan jutaan ringgit yang boleh dikaut daripada pelabur, penyokong adalah tulang belakang pemegang taruh utama kepada mana-mana pasukan di seluruh dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN