Robben Akui Berpindah Ke Bayern Munich Adalah Keputusan Terbaik Dalam Kariernya

Ia bukanlah ditakdirkan untuk ada diantara kita yang lupa yang pemain Bayern Munich, Arjen Robben pernah beraksi bersama Real Madrid.

Masa kini, beliau mungkin dikenang sebagai antara pemain handalan dalam skuad Bayern Munich walaupun sudah semakin berusia.

Namun satu ketika dahulu, beliau merupakan sebahagian dari skuad himpunan bintang di Real Madrid.

Menurut laporan dari Sport, Robben meluahkan keputusan beliau untuk beraksi jauh dari Santiago Bernabeu merupakan satu tindakan yang cukup baik untuk kariernya.

Menurut Robben, beliau melakukan keputusan yang sukar untuk dirinya apabila memilih untuk keluar dari Belanda pada usia yang muda.

Namun beliau jelas tidak menyesal dengan keputusannya itu yang beraksi di pelbagai negara.

“Saya selalu berlaku realisitik dan juga sedar dengan apa yang berlaku dalam dunia bola sepak. Ianya sering bertukar-tukar.”

“Selepas saya lakukan penampilan pertama bersama Gronigen, saya habiskan 2 tahun bersama PSV Eindhoven sebelum ke Chelsea.”

“Ianya satu keputusan yang besar untuk tinggalkan kampung halaman pada usia yang muda dengan menyertai pasukan hebat seperti Chelsea. Selepas itu saya ke Real Madrid.”

Kata Robben, beliau mengakui sukar untuk meninggalkan Real Madrid untuk pasukan Bayern Munich.

Namun begitu, selepas 10 musim bersama beliau mengakui itulah keputusan paling berbaloi beliau lakukan dalam kariernya.

“Ianya cukup sukar untuk tinggalkan Real Madrid namun jelas sekali keputusan itu cukup berbaloi.”

“Pada mulanya saya berasa ragu-ragu namun sekarang saya akui keputusan ke Bayern Munich adalah keputusan terbaik dalam hidup saya.”

LONDON, ENGLAND – MAY 25: Arjen Robben of Bayern Muenchen celebrates with the trophy after victory in the UEFA Champions League final match between Borussia Dortmund and FC Bayern Muenchen at Wembley Stadium on May 25, 2013 in London, United Kingdom. (Photo by Alex Grimm/Getty Images)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN