Rivere: “Tolak Tawaran Lumayan, Balotelli Kekal Di Nice Bukan Kerana Tiada Pilihan”

Presiden Nice, Jean-Pierre Rivere menafikan dakwaan Mario Balotelli hanya kekal bersama kelab tersebut kerana pemain itu gagal berpindah ke Marseille, sebaliknya kerana keinginan pemain itu sendiri yang memilih untuk kekal.

Balotelli dilihat akan berpindah meninggalkan Nice selepas kelab tersebut gagal layak ke pertandingan eropah pada musim lalu, sekaligus bermakna pemain itu menerima jumlah gaji yang lebih kecil.

Mario Balotelli.

Rivere mendedahkan penyerang berusia 28 tahun itu menerima tawaran gaji yang besar dari kelab Liga Super China (CSL), dan turut melakukan perbincangan dengan beberapa kelab eropah lain termasuk Marseille.

Tetapi Balotelli sendiri memilih untuk kekal di Allianz Riviera untuk musim ketiga.

Presiden Nice itu menekankan dakawaan Balotelli kekal di Nice kerana tiada pilihan lain sebagai salah. Dipetik daripada laman sesawang rasmi Nice, Rivere berkata:

“Beliau sendiri memilih untuk kekal walaupun tidak akan beraksi di bola sepak eropah pada musim ini, dan terlepas peluang menerima imbuhan yang lebih lumayan.”

“Beliau menunjukkan keinginan untuk kekal dan memberikan seluruh dedikasi untuk kelab ini. Mulai sekarang ia akan termaktub secara kontrak. Kami mahu memberikan peranan ketua kepada beliau di dalam pasukan.”

“Balotelli sudah bersedia untuk dipilih oleh jurulatih, dan akan memastikan keupayaan pemain ini dipergunakan sepenuhnya untuk Nice.”

(Photo by Romain Perrocheau/Getty Images)

“Kami gembira dengan situasi ini kerana memiliki seorang pemain yang memberikan sepenuhnya untuk menjayakan projek di kelab ini.”

Pada masa yang sama Rivere turut menafikan Balotelli yang gagal melaporkan diri ke latihan pra musim sebagai tindakan yang tidak menghormati kelab. Balotelli sedang menjalani pergantungan tiga perlawanan yang dibawa dari musim lalu.

“Perkara tersebut merisaukan saya kerana akan ada yang berpendapat Mario [Balotelli] telah melanggar peraturan kelab. Tetapi ia tidak benar.”

“Ia bukan bermakna beliau tidak menghormati kelab, pengurus atau pun penyokong. Perkara tersebut tidak disengajakan.”

“Sebenarnya Balotelli berpendapat beliau sudah tidak berada di dalam perancangan Nice, terutama dengan saga perpindahan dan hukuman yang beliau hadapi. Sekarang segalanya jelas buat semua pihak,” jelas Rivere.

Balotelli menyertai Nice secara percuma dari Liverpool pada Ogos 2016, dan menyertai kelab Ligue 1 itu dengan kontrak selama dua tahun.

(Photo by Fabrice COFFRINI / AFP) (Photo credit should read FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)

Selepas semusim, Nice menawarkan kontrak baharu yang dipersetujui Balotelli untuk mengekalkan pemain tersebut sehingga 2019.

“Ramai yang tidak sedar akan perkara ini. Untuk memiliki penyerang seperti Balotelli tanpa mengeluarkan satu sen untuk yuran perpindahan adalah peluang yang sangat baik,” tambah Rivere lagi.

Sepanjang tiga musim bersama Nice, Balotelli telah tampil dalam 55 perlawnaan Ligue 1 dan menjaringkan 33 gol. Prestasi beliau turut mendapat perhatian Roberto Mancini yang memanggil beliau untuk menyertai skuad kebangsaan Itali pada Mei dan Jun lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN