Adakah anda masih ingat kira-kira tiga tahun lalu bagaimana Mauricio Pochettino begitu tegas menolak mengenai kemungkinan untuk menjadi jurulatih Barcelona disebabkan sentimen yang begitu kuat dengan Espanyol.
Jurulatih warga Argentina itu mengakhiri karier profesionalnya sebagai pemain bersama kelab yang menjadi seteru setempat Barca di Wilayah Catalan tersebut sebelum menjadi ketua jurulatih tiga tahun kemudian pada 2009.
Kariernya sebagai pengurus kemudian cukup sinonim dengan Tottenham Hotspur di mana beliau meluangkan lima tahun di London sehingga 2019 dan menolak peluang untuk mengurus Barcelona pada 2017 bagi menggantikan Luis Enrique atas dasar kesetiaan dan kecintaannya yang tinggi kepada Espanyol.
Mauricio Pochettino says he will never manage Barcelona as he was "born with a bull in his arm" in reference to his time at Espanyol. #THFC pic.twitter.com/HxgnZl6k2M
— Daily Hotspur (@Daily_Hotspur) January 9, 2017
Beliau mengambil contoh lain dengan mengatakan agak mustahil untuk menjadi jurulatih Arsenal atau Rosario Central kerana mempunyai ikatan yang kuat dengan Spurs dan Newell’s old Boys.
Namun selepas hampir setahun menganggur, hati Pochettino kini dikatakan sudah pun terbuka untuk mengurus Barcelona dengan meluahkan kekesalannya di atas komen ‘lebih sanggup menjadi petani’ yang pernah dibuat ke atas musuh tradisi Espanyol berkenaan sebelum ini.
“Saya sudah pun jelaskan perkara tersebut. Memang saya berada di Barcelona pada waktu itu [2017] dan secara kebetulan terjumpa dengan [Pengerusi Barcelona, Josep Maria] Bartomeu di sebuah bar,” ujar Pochettino.
Mauricio Pochettino to Barcelona?
— ESPN FC (@ESPNFC) January 13, 2020
Back in 2018, the former Espanyol manager said he would never coach their cross-town rivals. pic.twitter.com/se2NDkvDlP
“Kami bersapa antara satu lain kerana pernah mengenalinya lama dahulu sebelum dia menjadi Pengerusi Barca. Anak kami belajar di sekolah yang sama di Barcelona. Kami berbual selama lima minit dan selepas itu timbul spekulasi yang tidak mungkin dapat dihentikan.
“Kemudian pihak media bertanyakan tentang hal tersebut dan saya mahu hentikan khabar angin tersebut dan sekadar menjelaskan yang saya mempunyai kaitan yang kuat dengan Espanyol,” katanya lagi.
“Kamu boleh mentafsir kenyataan saya itu dengan apa yang kamu mahu. Tetapi apa yang saya cuba sampaikan, saya bukanlah bersikap angkuh dan tidak pernah bermaksud untuk tidak menghormati Barcelona kerana dalam hidup ini, kita tak pernah tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.”
'You never know what'll happen': Mauricio Pochettino not ruling out taking over at Barca. #FCBarcelona pic.twitter.com/bZewJXU1h6
— Barcelona Fans (@Barca_Fans_1899) August 2, 2020
Reputasi Pochettino tidak perlu dipersoalkan lagi selepas beliau berjaya membimbing Tottenham menduduki kedudukan empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dan mara sehingga ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lepas.
Namun selepas dipecat, beliau masih belum ‘disunting’ oleh mana-mana pasukan dan media mula mengaitkannya dengan tugasan di Nou Camp kerana kegagalan Quique Setien mempertahankan kejuaraan La Liga di samping tidak mampu memperbaiki pergolakan di kem Barcelona.
Pochettino juga sudah boleh melupakan tawaran lumayan untuk menjadi pengurus di Newcastle United selepas syarikat Arab Saudi membatalkan hasrat untuk mengamil alih kelab tersebut baru-baru ini.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Mauricio Pochettino dan Barcelona: