Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik ke atas Faroe Island untuk membantu Portugal menang 5-1. Ronaldo telah menjadi inspirasi Portugal sekali lagi dalam pusingan kelayakan kali ini.
Ronaldo seakan-akan lepas geram setelah digantung 5 perlawanan oleh RFEF.
3 gol itu juga membolehkan Ronaldo memintas Pele di tangga ke-5 sebagai penjaring terbanyak di peringkat antarabangsa.
Cristiano Ronaldo kini memiliki koleksi 78 gol di peringkat antarabangsa. Legenda Brazil, Pele pula dengan 77 gol untuk Brazil.
Semalam, Pele mengucapkan tahniah kepada Ronaldo selepas mendapat tahu pemain Portugal tersebut mengatasi rekod gol beliau.
Congratulations @Cristiano for joining the elite five of #FIFA international goal scorers. Parabéns!
— Pelé (@Pele) September 1, 2017
Pada 2004, Pele tidak menyenaraikan nama Ronaldo dalam senarai 100 pemain terhebat FIFA pilihan Pele. Ini kerana Ronaldo ketika itu masih belum berada di prestasi terbaik dalam karier beliau.
Jika ada senarai terbaru dirombak selepas ini, rasanya Ronaldo akan berada di dalam senarai Pele.
Ronaldo kini berkongsi jumlah jaringan dengan pemain Iraq. 1 gol di belakang legenda Zambia, Godfrey Chitalu
Ini adalah senarai 3 teratas untuk rekod jaringan antarabangsa:
1. Ali Daei – 109 gol
2. Ferenc Puskás – 84 gol
3. Kunishige Kamamoto with 80 gol
Ronaldo masih ada banyak keringat dalam diri beliau. Memintas kedudukan Ferenc Puskas mungkin bukan masalah untuk Ronaldo sekiranya beliau terus konsisten.
Bagaimana pula dengan rekod jaringan Ali Daei?