Demi Negara, Riyad Mahrez Terlepas Peluang Untuk Sertai Chelsea Atau Barcelona

Ramai pemain lain meminta perlepasan khas untuk menguruskan potensi perpindahan saat akhir. Namun bukan Riyad Mahrez.

Ianya dianggap sebagai salah satu perpindahan ‘deadline’ yang terlepas kerana faktor sukar untuk melakukan prosedur seperti medikal.

Pemain antarabangsa Algeria ini tetap menjalani tugasan kebangsaan beliau seperti biasa. Ia dilaporkan telah menjadi salah satu sebab pasukan seperti Chelsea dan Barcelona sukar untuk mendapatkan beliau pada hari ‘deadline’.

Manchester United turut dilaporkan mahu mencuba untuk memikat Mahrez. Pegawai Algeria mengesahkan pemain itu diberikan perlepasan khas untuk beliau gunakan sekiranya Mahrez mahu menyelesaikan urusan beliau.

Namun Mahrez tidak terdesak untuk pulang ke England atau terbang ke Sepanyol. Beberapa minggu lalu, Mahrez hampir pasti ke Roma tetapi Leicester telah berkeras meminta £50 juta untuk pemain tersebut.

Roma tidak mampu memenuhi permintaan tersebut. Roma membida pemain itu dengan nilai £25 juta dan kemudian bidaan terakhir mereka dilaporkan sekitar £31 juta.

Pada hari terakhir perpindahan, Riyad Mahrez dikaitkan dengan Chelsea yang mahu menambahkan kualiti skuad mereka. Mahrez boleh menjadi pemain yang memberikan tambahan kepada posisi Hazard dan Pedro.

Barcelona juga dilaporkan menjadikan Mahrez sebagai salah satu sasaran mereka.

Kenyataan rasmi dari kem Algeria menyatakan yang Riyad Mahrez begitu komited untuk fokus kepada tugasan kebangsaan berbanding dengan urusan perpindahan beliau.

Mahrez dan Algeria dalam rangka persiapan untuk menentang Zambia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.

Jadi, dengan ini Riyad Mahrez akan kekal di Leicester sekurang-kurangnya sehingga Januari! Apa yang kami kagum adalah, Mahrez tetap mengutamakan tugasan kebangsaan beliau. Satu sikap terpuji!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN