Wayne Rooney Ditahan Polis Kerana Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol

Bekas kapten England dan juga Manchester United, Wayne Rooney ditahan polis kerana disyaki berada di bawah pengaruh alkohol ketika memandu berhampiran dengan kediamannya di Chenshire, England.

Penyerang berusia 31 tahun itu kelihatan menari di atas meja sambil menyanyikan lagu dari kumpulan pop rock terkenal, Oasis di sebuah bar yang dikenali sebagai Bubble Room di Aldeerley Edge pada malam tadi.

 

Rooney sempat bergambar dengan beberapa penyokong yang turut mengunjungi bar berkenaan sebelum ditahan oleh pihak polis yang membuat rondaan berdekatan dengan kediaman pemain itu.

Sehingga artikel ini ditulis, Rooney masih berada di dalam tahanan polis selepas di bawa ke sebuah balai untuk tujuan siasatan.

Menurut saksi, Rooney dikatakan hadir untuk berparti bersama-sama dengan bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Wes Brown dan juga adik kepada pertahanan Burnley, Phil Bardsley.

Ketiga-tiga individu dilihat menyanyi dan juga menari ketika sebuah band memainkan sebuah lagu dari Oasis sekitar jam 10 malam.

( Photo by Bob Thomas/Getty Images).

Rooney dan dua sahabatnya berkunjung ke bar berkenaan selepas menikmati makan malam di sebuah restoran Itali, Piccolino.

Rooney mendiami kediamannya di Cheshire sejak 12 tahun yang lalu, tidak jauh dari pusat latihan kelabnya sekarang, Everton di Finch Farm.

Bubble Room Bar hanya terletak kira-kira 5 batu sahaja dari kediamaan Rooney.

Rooney sering terbabit dengan insiden di luar padang membabitkan pengambilan alkohol. Ia sering kali membayangi karier hebat yang telah dilalui oleh pemain tersebut.

(Photo by Catherine Ivill – AMA/Getty Images)

November tahun lalu, Rooney dilaporkan mabuk sehingga tidak boleh bercakap selepas dijemput untuk menhadiri sebuah majlis perkahwinan. Insiden berkenaan berlaku ketika skuad England diberikan rehat selepas kemenangan ke atas Scotland dalam perlawanan kelayakkan Piala Dunia.

Wayne Rooney tampil di dalam 559 perlawanan, menjaringkan 253 gol dan memenangi 16 trofi kejuaraan ketika bersama Manchester United sebelum menyertai kembali Everton pada Julai lalu.

Sumber:

1. BBC Sport (2017): Wayne Rooney arrested on suspicion of drink-driving; http://www.bbc.com/news/uk-england-merseyside-41123148

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN