Messi Minta Pegawai Pasukan Dapatkan Peminat Cilik Yang Dihalang Pegawai Keselamatan

Lionel Messi ternyata menghargai peminat cilik beliau yang mahu berjumpa dengannya. Dalam satu rakaman video, seorang budak menunggu Lionel Messi di luar hotel.

Ketika Messi menghampiri pintu masuk hotel, budak tersebut merapati beliau. Pegawai keselamatan telah menarik budak tersebut.

Budak tersebut hanya mampu menangis ketika dihalang oleh pegawai keselamatan daripada berjumpa idolanya.

Kami faham, ia memang skop tugas yang harus dijalankan oleh seorang pegawai keselamatan. Menariknya adalah tindakan Messi yang segera mengarahkans seorang pegawai beliau mendapatkan budak tersebut.

Budak tersebut akhirnya berpeluang untuk bersemuka secara dekat dengan Lionel Messi dan memeluk pemain tersebut. Ianya pasti hari yang tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.

Lionel Messi sedang dalam tugasan antarabangsa untuk Argentina. Mereka sedang bergelut untuk merebut tempat automatik ke Piala Dunia Russia 2018 selepas diikat oleh Uruguay.

Argentina akan berhadapan dengan Uruguay pada 5 September ini. 4 pasukan teratas dari zon CONMEBOL akan mara ke Piala Dunia 2018 secara automatik. Manakala tangga ke-5 akan bermain dalam play-off di antara benua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN