Ahad lalu, sebuah pesawat membawa kira-kira 157 penumpang dan anak kapal telah terhempas di Addis Adaba, Ethiopia.
Pesawat Boeing 737 Max 8 yang dimiliki Ethiopian Airlines itu terhempas selepas 6 minit bertolak dari lapangan terbang. Pesawat itu dikatakan dalam perjalanan dari Addis Adaba, Ethiopia menuju ke Nairobi, Kenya.
32 orang warganegara Kenya telah terbunuh termasuklah seorang pegawai bola sepak daripada Konfederasi Bola Sepak Afrika, Husein Swaleh.
Husein Swaleh
Menurut laporan berita daripada Konfederasi Bola Sepak Afrika, Husein Swaleh merupakan salah seorang penumpang pesawat tersebut.
Beliau dalam perjalanan pulang setelah menjadi pegawai perlawanan Liga Juara-Juara Afrika antara Ismaily SC (Mesir) dengan TP Mazembe (Republik Demokratik Congo).
Husein berasal dari Kenya dan pernah menjawat jawatan tertinggi dalam persatuan bola sepak negara tersebut. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Kenya (KFF).
Jawatan itu disandang dari tahun 2000 hingga 2004.
Belasungkawa
Jawatan terakhirnya dalam dunia bola sepak ialah sebagai pegawai perlawanan dalam kejohanan anjuran CAF. Badan induk bola sepak Afrika itu melantik beliau sejak 2018 dan dijangka akan tamat pada 2020.
Komuniti bola sepak Kenya dan Afrika amnya telah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Husein.
Heartfelt condolences to the family and friends of FKF Lower Eastern branch chairman and @CAF_Online official Hussein Swaleh and all the victims of the #EthiopianAirlineCrash 💔
— Victor Wanyama (@VictorWanyama) March 10, 2019
Tidak ketinggalan, Victor Wanyama, pemain tengah Tottenham Hostpur turut mengucapkan takziah di atas pemergiannya.
Semasa berita ini ditulis, pesawat Boeing 737 Max 8 telah digantung penerbangannya oleh beberapa buah negara.