Pemain Chelsea, Pedro memberikan bayangan mahu kekal bersama dengan pasukannya itu menjangkaui musim ini.
Memetik sumber Goal, kontrak Pedro yang akan tamat pada hujung musim ini kini mengharapkan pihak Chelsea akan panggil untuk berunding dengan pihaknya untuk potensi mendapatkan lanjutan.
“Semua orang tahu yang kontrak saya akan berakhir musim ini dan saya belum berbincang lagi dengan pihak kelab mengenai lanjutan kontrak.”
Tambah Pedro, beliau kini menerima banyak mesej ucapan selamat tinggal dan terima kasih daripada penyokong Chelsea namun pemain itu memberikan bayangan yang masanya di Stamford Bridge belum lagi akan berakhir.
“Saya tidak tahu sama ada saya akan terus bermain atau tidak. Saya belum lagi menandatangani kontrak dengan mana-mana pasukan lain dan saya masih lagi milik Chelsea.”
“Saya masih lagi ada kontrak bersama mereka, saya berharap akan terus kekal di sini tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Saya sudah bercakap dengan kelab dan kita tunggu saja apa akan berlaku.”
Pedro memberikan penjelasan ini selepas temuramahnya bersama sebuah radio di Sepanyol disalahertikan.
Dalam temuramah itu, kenyataan beliau telah disalahertikan dengan mengatakan pemain itu mahu menamatkan kontraknya bersama Chelsea dan tidak mempunyai perancangan untuk menyambung masanya di sana.