Pedro: Bertemu Barcelona Dan Lionel Messi Adalah Sesuatu Yang Istimewa Buat Saya

Pedro

Chelsea bakal membuat perhitungan bertemu Barcelona pada 21 Februari nanti dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Detik dimana Pedro Rodriguez dan Cesc Fabregas akan kembali bertemu bekas rakan sepasukannya di kelab gergasi Sepanyol itu.

Bagi Pedro yang meninggalkan Nou Camp pada tahun 2015, beliau memandang ke hadapan perlawanan yang disifatkan sebagai sesuatu yang istimewa buat dirinya apatah lagi akan berhadapan dengan bintang bola sepak dunia, Lionel Messi.

Pemain kelahiran Tenerife itu berjaya menghasilkan jaringan kedua buat Chelsea ketika menang 4-0 keatas Hull City dalam aksi Piala FA pagi semalam.

Beliau berkata dua kemenangan yang dicipta sebelum ini menentang West Bromwich Albion (WBA) dan Hull City dapat meningkatkan keyakinan para pemain menjelang pertemua dengan Barcelona di Stamford Bridge.

”Kami kembali dengan persembahan yang baik, dengan keyakinan sebelum perlawanan besar yang diperkatakan iaitu bertemu Barcelona,” ujar Pedro di Stamford Bridge.

”Kami menghadapi dua perlawanan dengan baik ketika ini. Kami perlu meneruskan aksi seperti ini dan bersedia untuk menghadapi Barcelona dalam masa yang sama.”

Pedro
TBILISI, GEORGIA – AUGUST 11: Pedro of Barcelona evades a tackle from Vitolo of Sevilla during the UEFA Super Cup between Barcelona and Sevilla FC at Dinamo Arena on August 11, 2015 in Tbilisi, Georgia. (Photo by Chris Brunskill/Getty Images)

Pedro turut merasakan kejanggalan untuk beraksi bertemu bekas kelabnya itu dengan berkata: ”Ia pasti akan aneh pada permulaannya tetapi ianya bagus untuk dapat kembali menemui rakan sepasukan yang sudah lama saya beraksi dengan mereka.”

”Ia sudah pastinya menjadi perlawanan yang istimewa buat saya. Mereka sama sahaja setiap tahun. Mereka beraksi dengan bola sepak yang hebat di La Liga dan berada di perlawanan akhir Copa del Rey.”

Pedro pernah beraksi selama tujuh tahun bersama Barcelona dengan mengecapi 20 piala utama termasuk tiga kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah. Beliau juga telah menjaringkan 99 gol bersama pasukan yang merupakan kelab pertama dalam karier bola sepaknya.

Dalam pada itu, pemain berusia 30 tahun itu mengakui Lionel Messi akan menjadi pemain yang amat sukar untuk dibendung walaupun legenda hidup itu masih belum menjaringkan gol bertemu Chelsea.

”Dia (Lionel Messi) akan sentiasa sama seperti kebiasaan,” jelas Pedro. ”Apa sahaja yang saya tidak pernah katakan tentang dia sebelum ini? Dia adalah pemain terbaik di dunia, dia sentiasa akan melakukan kelainan dan sangat sukar untuk menghalangnya.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN