Roma Mahu Pedro

Pedro

AS Roma telah menghubungi Chelsea bagi membincangkan perpindahan pemain kebangsaan Sepanyol, Pedro ke kota Rom.

Sky Sports Italia melaporkan bahawa pemain itu menjadi sasaran utama AS Roma setelah gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Frank Lampard.

Beliau hanya bermain dalam 12 aksi kompetitif sahaja pada musim ini. Dan tidak ada tanda tanda akan menjadi pilihan utama Lampard.

Pedro Rodriguez masih ada baki kontrak kira-kira enam bulan lagi. Dan akan menjadi ejen bebas pada Jun tahun hadapan.

Krisis kecederaan yang teruk melanda AS Roma ketika ini membuatkan mereka terdesak untuk membawa masuk sekurang-kurangnya seorang pemain yang berkaliber.

Pedro Rodriguez dianggap calon yang paling realistik dan menepati kriteria untuk mengisi tempat tersebut.

AS Roma mahu membawa masuk pemain itu pada jendela perpindahan Januari ini.

Perbincangan ini masih di peringkat awal. Pedro merupakan pemain yang dibeli oleh Chelsea dari Barcelona pada 2015 dengan nilai perpindahan £25 juta.

Selain daripada Pedro, Roma turut hampir membawa masuk Carles Perez. Perbincangan sudah memasuki fasa akhir.

Gonzalo Villar pula akan melakukan medikal di Roma dalam masa terdekat untuk memuktamadkan perpindahan beliau secara rasmi.

Leave a Reply