Paulo Josue Antara Mangsa Kritikan Keras Daripada Penyokong Harimau Malaya

Kelibat tonggak Harimau Malaya iaitu Paulo Josue antara yang menerima kritikan daripada peminat, selepas pasukan kebangsaan sekadar terikat seri 2-2 bersama Kemboja.

Terdahulu, Malaysia gagal mencipta kemenangan pada aksi pertama Asean Championship 2024, apabila mereka sekadar terikat seri 2-2 ketika menghadapi Kemboja di gelanggang lawan.

Pada aksi tersebut, Pau Marti Vicente meletakkan gandingan sedikit berbeza termasuklah pemain baharu dipanggil menyertai kem kebangsaan dari Kuching City, Jimmy Raymond.

Isu persefahaman dan penyesuaian dalam permainan jelas sangat ketara pada perlawanan tersebut sehingga lawan dapat mengeksploitasi kelemahan itu.

Selepas beberapa perubahan dibuat, Malaysia tampil sedikit menyakinkan di separuh masa kedua namun ianya masih belum cukup untuk mengesahkan kemenangan kepada skuad kebangsaan.

Pada aksi tersebut, boleh dikatakan Malaysia tampil dengan serba tidak menjadi dengan ia turut membabitkan beberapa pemain sehingga menerima kritikan keras daripada peminat.

Di media sosial, nama pemain seperti Paulo Josue, Jimmy Raymond, Haqimi Azim, serta Syafiq Ahmad antara paling kerap menerima kritikan ramai.

Rata-rata tampil dengan komen kurang berpuas hati dengan kualiti permainan ditampilkan empat pemain tersebut dan dianggap tidak memberikan impak sepatutnya kepada pasukan.

Paulo antara paling kerap disebut di media sosial kerana beliau gagal memberikan impak lebih positif selaku penyerang utama Harimau Malaya.

Hadir dengan status tinggi bersama Kuala Lumpur City (KL City), kualiti diberikan oleh pemain naturalisasi dari Brazil kurang menyakinkan sehingga pertukaran dilakukan oleh Pau Marti di separuh masa kedua.

Begitu juga dengan Haqimi yang dianggap tidak berada dalam prestasi terbaik selain pertikaian turut dicipta dalam kalangan peminat sekiranya prestasi bintang muda itu semakin menurun.

Walaupun begitu, ada segelintir memahami keadaan Jimmy yang buat pertama kali beraksi untuk pasukan senior kebangsaan dan diletakkan dalam kesebelasan utama di pentas antarabangsa.

Seterusnya, pujian mungkin perlu diberikan kepada pemain gantian seperti Sergio Aguero dan Fergus Tierney yang cepat memberikan impak bersama skuad kebangsaan di posisi serangan.

Untuk aksi seterusnya, sudah tentu Pau Marti perlu memperbaiki segala aspek kelemahan negara atau Malaysia sekali lagi akan kehilangan mata penting di kejohanan Asia Tenggara itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN