‘Skuad B’ Malaysia Tampil Lesu Hadapi Cabaran Kemboja

Malaysia terpaksa berpuas hati pada aksi sulung Asean Championship 2024, apabila mereka sekadar terikat seri 2-2 ketika berdepan Kemboja di gelanggang pasukan lawan.

Awal permainan menyaksikan kedua pasukan tampil seimbang daripada segi penguasaan permainan dengan masing-masing dilihat mengambil pendekatan berjaga-jaga.

Beraksi di halaman sendiri, jelas Kemboja tidak memberi laluan mudah buat Harimau Malaya, apabila mereka hadir dengan penuh berdisiplin menyerap asakan pelawat.

Melihat kepada lima minit awal permainan, jelas para pemain Harimau Malaya masih lagi cuba menyesuaikan diri selain beberapa gerakan dilihat masih begitu mudah diatasi lawan.

Ianya juga disebabkan faktor Pau Marti yang meletakkan beberapa gandingan baharu di atas padang seperti tonggak Kuching City iaitu Jimmy Raymond di posisi pertahanan kanan.

Sesekali Kemboja hadir dengan ancaman cukup berbahaya menerusi gerakan mereka yang diketuai oleh Coulibaly Abdul Kader sehingga mampu mengkucar kacirkan pertahanan Malaysia.

Stuart Wilkin akhirnya membuka akaun jaringan buat Harimau Malaya selepas dirinya mendapat hantaran lintang daripada Daniel Ting pada minit ke-34 dan disudahkan oleh pemain dari Sabah itu dengan sangat cemerlang.

Momentum skuad kebangsaan terus meningkat dengan beberapa lagi asakan terus dibuat, termasuk satu peluang keemasan dilepaskan oleh Hakimi Azim Rosli.

Di separuh masa kedua, Kemboja kembali mendapat keyakinan mereka apabila Coulibaly meledak gol penyamaan pada minit ke-52 dan mendapat sorakan gemuruh daripada penyokong tuan rumah.

Tidak lama kemudian, giliran pemain simpanan mereka iaitu Ty Sa menewaskan Haziq Nadzli pada minit ke-59 dan memberi tekanan buat kem Harimau Malaya.

Beberapa perubahan mula dibuat oleh Pau Marti termasuk dengan membawa masuk Sergio Aguero untuk memperkukuhkan kembali siri serangan Malaysia.

Pada minit ke-73, Fergus Tierney kembali menghidupkan peluang buat Malaysia apabila jaringan beliau dari luar kotak penalti memastikan penjaga gol lawan tertewas kali kedua.

Skuad kebangsaan meneruskan rentak serangan mereka dengan begitu positif, selepas beberapa percubaan berjaya terhasil untuk mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Keputusan kekal dengan Malaysia meraih keputusan seri pada aksi sulung saingan Asean Championship 2024 bersama aksi yang sangat tidak konsisten.

Kesebelasan utama

Kemboja: Dara Vireak (Penjaga Gol), Mo Kan (Kapten), Visal Soeuy, Yudai Ogawa, Chanpolin Orn, Chanthea Sieng, Nicolas Doeung Taylor, Krya Saret, Takaki Ose, Sokyuth Kim, Coulibaly Abdel Kader

Malaysia: Muhammad Haziq bin Nadzli (Penjaga Gol), Mohamed Syamer bin Kutty Abba, Ahmad Khuzaimi bin Piee, Daniel Sang Ting, Jimmy Raymond, Dominic Tan Jun Jin, Muhammad Haqimi Azim bin Rosli, Stuart John Wilkin, Endrick dos Santos Parafita, Sturmer dos Reis Paulo Josue, Muhammad Syafiq bin Ahmad

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN