Paulo Fonseca: Saya Akan Lakukan Apa Sahaja Untuk Kekalkan Smalling

Paulo Fonseca

Pengurus AS Roma, Paulo Fonseca menegaskan bahawa kelab tersebut akan melakukan apa sahaja bagi mengekalkan pemain pertahanan tengah, Chris Smalling di Stadio Olimpico.

Smalling yang dipinjamkan dari Manchester United pada jendela perpindahan musim panas lalu mempamerkan corak permainan meyakinkan dalam menguatkan jentera pertahanan kelab tangga kelima saingan Serie A 2019/20 itu.

Sehubungan aksi terbaik yang ditampilkannya, Fonseca jelas mahu Smalling terus kekal di AS Roma walaupun kelab tersebut dilaporkan tidak berkemampuan untuk membayar yuran perpindahan pemain berusia 30 tahun itu.

”Saya akan melakukan segalanya untuk saya mengekalkan dia di Roma pada tahun [musim] hadapan juga.”

Embed from Getty Images

”Saya tahu bahawa dia juga mahu kekal di sini, mari kita lihat apa yang akan berlaku,” ujar Fonseca menurut laporan dikeluarkan Goal.

Dalam pada itu, Fonseca turut memuji kualiti yang dipamerkan Smalling dalam membantu AS Roma pada musim ini.

”Dia seorang lelaki yang luar biasa, sangat merendah diri dan profesional. Dia dipuja oleh para peminat dan menjadikan dirinya sebagai seorang pemimpin di bilik persalinan.”

”Tidak mudah bagi pertahanan tengah dari England untuk menyesuaikan diri dengan cepat terhadap bola sepak Itali, rekodnya tidak bagus tetapi dia telah sangat mengagumkan,” ujar Paulo Fonseca lagi.

Chris Smalling membuat 28 penampilan dalam semua pertandingan disertai AS Roma dan turut berjaya menjaringkan dua gol dalam saingan Serie A.

Kredit featured images: Giuseppe Maffia/NurPhoto via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Chris Smalling:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN