Paul Pogba Cuba Bomohkan Kylian Mbappe?

Paul Pogba telah membuat laporan polis untuk melaporkan yang abang kandungnya mengancam untuk menfitnah beliau cuba membomoh rakan senegaranya, Kylian Mbappe.

Masalah dalaman antara Pogba bersama abangnya dilihat semakin parah pada ketika ini, selepas kedua-dua pihak saling membongkar sikap keji sesama mereka.

Abang kepada Paul Pogba, Mathias tampil memuat naik satu lagi video baru yang mendedahkan bahawa bintang Juventus itu menghabiskan jutaan euro hanya untuk mendapatkan bantuan bomoh.

Pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu dikatakan sanggup menghabiskan berjuta-juta untuk mendapatkan bantuan bomoh agar beliau terlindung dari sebarang kecederaan.

Hujung minggu baru-baru ini, abang Pogba telah berkongsi video berdurasi 3 minit dan mendedahkan yang beliau akan mendedahkan tentang segala keburukkan adiknya kepada umum.

Melihat abangnya sudah mula melakukan hal keji untuk menjatuhkan beliau, Pogba akhirnya tampil mendedahkan yang beliau sudah membongkar jenayah yang dilakukan oleh abangnya bersama sebuah kumpulan kepada polis di Itali dan Perancis.

Pogba melaporkan yang abang beliau bersama sahabatnya telah mengugut beliau supaya memberikan dana bernilai €13 juta dan turut mengheret beliau ke sebuah apartment di Paris sambil menggunakan topeng muka pada Mac lalu.

Mathias yang pernah beraksi di England bersama Crewe dan Crawley kemudiannya sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa adiknya menipu dan memutar belitkan fakta.

Beliau kini memuat naik satu lagi video bersama beberapa ciapan yang panjang berjela untuk mendedahkan perangai adiknya yang taksub dengan bomoh.

Matthias mendedahkan yang Pogba menghabiskan duit yang banyak untuk mendapatkan bantuan bomoh, dalam usahanya mahu mengelak mengalami kecederaan.

Soal bomoh ini mula didedahkan selepas Pogba sebelum ini memberitahu polis yang abangnya mahu menyebarkan fitnah mengatakan beliau menggunakan pawang Islam bagi membomoh rakan sepasukannya, Kylian Mbappe.

Pogba sekeras-kerasnya menolak yang beliau ada menggunakan khidmat bomoh untuk menzalimi Mbappe, namun ESPN mendedahkan yang bintang PSG itu bersama pihaknya sedang menyiasat hal tersebut.

Didier Deschamps juga dikatakan sedar akan hal tersebut, dan beliau pada ketika ini sedang memantau perkembangan situasi antara Pogba dan Mbappe.

Dek kerana merasakan Pogba mula mengabaikan mereka sejak semakin terkenal, maka abang dan rakan-rakannya itu dikatakan meminta bintang Juventus itu untuk memberi mereka duit.

Pogba memutuskan hubungan dengan salah seorang dari mereka selepas beliau sedar individu tersebut telah menggunakan kad kredit beliau dengan jumlah €200,000 tanpa pengetahuannya.

Pogba turut menghalau individu tersebut keluar dari rumahnya di Manchester dan kerana itulah situasi antara kedua-dua pihak semakin menegang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN