Kenali Teknologi Latihan Sepakan Percuma Real Madrid Yang Cukup Futuristik

Real Madrid

Bola sepak moden tidak pernah gagal untuk mengecewakan terutamanya bagi pasukan seperti Real Madrid.

Saban tahun, pasti akan ada sahaja perkara yang mengubah bola sepak itu sendiri sama ada secara positif atau pun negatif.

Ianya tidak terhad kepada teknologi penguatkuasaan peraturan seperti Video Assistant Referee (VAR), tetapi perkara-perkara lain seperti kemajuan dalam pembikinan bola sepak terutamanya bola rasmi Piala Dunia 2022.

Bagaimana Bola Rasmi Piala Dunia 2022 Bantu Pengadil Buat Keputusan Ofsaid Lebih Tepat

Terkini, Real telah meningkatkan kualiti latihan mereka terutamanya dalam penguasaan sepakan percuma apabila menggunakan teknologi baharu.

Mereka telah menggunakan patung atau mannequin yang boleh ditentukan kedudukannya dengan lebih khusus.

Menggunakan aplikasi pada tablet, patung benteng pertahanan itu boleh ditentukan berapa tinggi ianya akan melompat apabila bola disepak.

Lebih menarik, aplikasi tersebut membenarkan benteng-benteng tertentu sahaja untuk melompat apabila ianya bergerak.

Perkara itu tidak ubah dengan situasi sebenar dalam perlawanan ketika sepakan percuma diambil, tidak semua yang berada di benteng pertahanan akan melompat.

Teknologi yang Real gunakan ini boleh mereka semula ketinggian pemain secara khusus selain bergerak ke atas dan bawah mengikut ukuran yang diberikan.

Ianya berbeza dengan benteng pertahanan yang biasa digunakan apabila sebelum ini dimana ianya terdapat keterbatasan dalam menggunakannya.

Benteng pertahanan biasa yang dipakai ketika sesi latihan tidak boleh bergerak dengan seakan-akan melompat ketika bola disepak ke arahnya.

Mengubah masa depan bola sepak

Apa yang dibawa oleh Real Madrid ini cukup mampu untuk mengubah masa depan bola sepak terutamanya ketika sesi latihan.

Teknologi sebegini pastinya dapat membantu meningkatkan kualiti sepakan percuma seseorang pemain dengan cabaran yang dibawa oleh patung tersebut hampir merupai apa yang pemain sebenar lakukan ketika perlawanan.

Kos untuk membawa teknologi ini pastinya tinggi kerana ianya masih baharu dan kita mungkin tidak dapat saksikan ianya mendarat di Malaysia dalam masa yang singkat.

Namun apabila ianya sudah mula menjadi kelaziman setiap pasukan di seluruh dunia, tidak salah untuk membawa teknologi ini ke Malaysia pula selepas ini untuk manfaat skuad kebangsaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN