Kenapa Manchester United Perlu Bayar £18 Juta Kepada Sao Paulo?

Manchester United perlu membayar £18 kepada Sao Paulo pada musim panas ini dek kerana klausa yang ada dalam kontrak Antony bersama Ajax.

Terdapat pelbagai laporan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai telah mengesahkan yang Manchester United secara rasminya sudah berjaya melengkapkan pembelian Antony dari Ajax malam semalam.

The Red Devils mengeluarkan dana bernilai £84 juta untuk menandatangani bintang kebangsaan Brazil itu dalam usaha mereka untuk memperkuatkan skuad sedia ada.

Ia merupakan rekod baru sebagai pemain termahal yang pernah dibeli dari saingan Eredivisie.

Bintang muda Brazil itu sendiri sebenarnya turut sangat berminat untuk menyertai Manchester United kerana beliau mahu kembali bekerjasama dengan bekas pengurusnya, Erik ten Hag.

Fabrizio Romano mengesahkan yang Antony sememangnya hanya mahukan Manchester United dan pemain penyerang itu sendiri turut mendesak pihak kelab untuk melepaskannya.

Antony menandatangani kontrak selama lima tahun dan diberi pilihan lanjutan kontrak selama setahun lagi bersama Manchester United.

Pemain termahal dalam sejarah Eredivisie itu bakal menjadi pemain kedua Ajax yang akan menyertai Erik ten Hag pada jendela perpindahan musim panas ini.

Ajax sebelum ini turut berjaya menjual pemain pertahanan utama mereka, Lisandro Martinez dengan yuran perpindahan bernilai £57 kepada Manchester United.

Walau bagaimanapun, perpindahan Antony menyertai Man United bukan hanya memberi keuntungan kepada Ajax sahaja dengan bekas kelabnya, Sao Paulo turut sama peroleh durian runtuh hasil penjualan pemain penyerang itu.

Antony telah menyertai akademi Sao Paulo pada tahun 2010 yang lalu dan beliau turut sempat membuat 52 penampilan bersama skuad utama gergasi Brazil itu.

Beliau kemudiannya meninggalkan Sao Paulo untuk menyertai Ajax dengan yuran perpindahan bernilai £13 juta.

Sao Paulo pada ketika itu telah memasukkan klausa dalam kontrak Antony yang menyatakan bahawa mereka akan menerima 20 peratus dari hasil keuntungan yang Ajax perolehi hasil penjualan bintang Brazil itu.

Klausa tersebut turut melibatkan pampasan dan imbuhan tambahan sebanyak 2.7 peratus yang mana mereka bakal mendapatkan keuntungan bernilai £16.7 bersih dari penjualan Antony ke Manchester United.

Bukan hanya Antony, bahkan kejayaan United mendapatkan juara lima kali gelaran Champions League, Casemiro dari Real Madrid juga membantu Sao Paulo untuk mendapatkan dana tambahan.

Manchester United mengeluarkan dana bernilai £70 juta untuk mendapatkan Casemiro dari Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas ini.

Memandangkan Casemiro juga merupakan produk Sao Paulo, maka gergasi Brazil itu turut memasukkan klausa yang sama dalam kontrak pemain midfield itu ketika awal menyertai Real Madrid.

Juara tiga kali gelaran Copa Libertadores itu sememangnya memiliki barisan pemain yang sungguh luar biasa menakjubkan yang datang dari akademi mereka.

David Luiz, Ederson, David Neres, Lucas Moura dan Eder Militao merupakan antara pemain-pemain yang pernah beraksi di akademi Sao Paulo.

Musim panas ini, mereka berjaya mendapatkan £18 juta dari Manchester United hanya kerana dua bekas produk akademi mereka menyertai gergasi Premier League itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN