D7 PDRM Akan Buru ‘Samseng’ Bola Sepak

d7 PDRM Casual Samseng

Tindakan segelintir penyokong yang kerap mencipta kekacauan dan menimbulkan pergaduhan jelas merosakkan sukan bola sepak di negara ini.

Namun perkara tersebut telah pun mendapat perhatian pihak berkuasa keselamatan yang berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kumpulan penyokong yang sengaja menimbulkan masalah yang boleh membawa kepada keganasan.

Menjelang perlawanan akhir Piala FA 2022 antara Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 10 September 2022, OCPD Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, kesalahan membabitkan unsur-unsur berkenaan boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 147 atau 160 yang membawa kepada hukuman penjara.

Beliau juga memberi amaran yang pihak polis akan sentiasa memantau kepada kehadiran kumpulan-kumpulan yang cenderung mahu melakukan provokasi serta berniat mencetuskan pergaduhan sebelum, semasa dan selepas perlawanan.

“Bagi penyokong-penyokong Terengganu FC dan JDT, berkaitan dengan unsur-unsur ‘gangsterisme’, ‘hooliganisme’ memang dititikberatkan dalam mesyuarat keselamatan antara PDRM dan FAM serta MFL,” ujar Zam Halim dalam temubualnya bersama Media MFL

“Buat makluman, dalam PDRM sendiri kami ada bahagian D7 yang berkaitan pencegahan kongsi gelap, maksiat dan sebagainya, kita sentiasa cakna akan kehadiran kumpulan-kumpulan sebegini yang berpotensi untuk timbulkan kacau ganggu pada malam tersebut.

“Saya ingin berikan amaran kepada penonton-penonton yang datang supaya niat kita ikhlas untuk berikan sokongan kepada pasukan masing-masing dan tidak berniat timbulkan apa-apa perkara yang tidak diingini seperti rusuhan dan sebagainya.

“Kita akan juga mengadakan tindakan tegas dan untuk makluman, kesalahan-kesalahan ini akan didakwa di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 147 atau Seksyen 160 dan boleh dihukum penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada Mesyuarat Jawatankuasa FAM kali ketiga bagi penggal 2021-2025, baru-baru ini.

Jangan Sampai MFL Buat ‘Dress Code’ Untuk Ke Stadium

Selain itu, beliau menasihatkan para penyokong TFC dan JDT dapat merancang dengan teliti perjalanan ke SNBJ sambil memilih pengangkutan awam sebagai medium utama.

Penonton juga perlu peka dengan barang-barang terlarang yang tidak boleh dibawa sebelum masuk ke stadium agar tidak dirampas oleh pihak berkuasa.

“Pada malam tersebut, bukan sahaja perlawanan akhir Piala Malaysia akan berlangsung tetapi beberapa program lain seperti konsert yang diadakan Axiata serta ‘fun fair’ dan expo,” tambahnya lagi.

“Penonton-penonton yang saksikan perlawanan tersebut harap dapat gunakan perkhidmatan awam disediakan Prasarana yang telah bersetuju melanjutkan waktu operasi sehingga jam 1 pagi.

“Antara barangan yang dilarang bawa masuk ialah seperti payung, ‘powerbank’, pemetik api, senjata-senjata tajam dan sebagainya.

“Pihak polis akan mengerahkan 1500 anggota serta pegawai polis untuk bertugas selain bantuan dari DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan Rela.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN