Paul Parker: Hanya Seorang Pemain Sahaja Yang Bawa Identiti Man Utd

Paul Parker

Bekas pemain Manchester United, Paul Parker dengan lantang tampil mempersoalkan mentaliti para pemain The Red Devils bagi membawa cabaran kelab tersebut dalam menghadapi saingan musim ini.

Parker yang beraksi bersama United pada tahun 1991 hingga 1996 turut menyatakan bahawa Bruno Fernandes sebagai contoh pemain menunjukkan kesungguhan dalam menggalas tanggungjawab bersama Manchester United.

Kenyataan itu seperti kebenarannya apabila skuad bimbingan Ole Gunnar Solksjaer hanya sekadar mencatatkan satu kemenangan selepas mengharungi tiga perlawanan dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21.

Lebih parah untuk diperkatakan, Manchester United turut menjadi mangsa belasahan di tangan Tottenham Hotspur pada aksi liga yang berlangsung di Old Trafford, minggu lalu.

”Anda lihat kepada keputusan tersebut [bertemu Spurs] dan para peminat telah kehilangan rentak permainan mereka pada ketika ini, anda dapat melihatnya,” ujar Parker menurut laporan Goal.

”Anda tidak boleh memaafkan mereka berikutan perkara tersebut, kerana anda [penyokong Manchester United] mahukan mereka untuk mengembalikan sedikit motivasi dan kebanggaan diri mereka.”

”Ia merupakan sedikit perkara untuk diperkatakan: ‘Kita tidak mahu turun ke padang dan dibolosi dengan sebegitu banyak.”

”Sepatutnya mereka perlu lebih memberikan saingan sengit, bola sepak telah berubah, terdapat lebih ramai pemain yang bermotivasi tinggi ketika saya beraksi berbanding sekarang ini.”

”United telah kehilangan pemain dengan identiti, di mana mereka menyertai kelab ini dan perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaan dan memenangi sesuatu.”

Apabila anda melihat pemain seperti Bruno Fernandes, dia ingin membuktikan sesuatu. Dia datang daripada kelab besar [Sporting Lisbon], sebuah kelab yang popular di Portugal dan dia telah datang ke United untuk sekali lagi membuktikan kehebatan dirinya, anda tak boleh nafikan perkara ini.”

”Mungkin beberapa orang pemain mereka yang masuk, beberapa daripada mereka gembira berada di sana dan merasakan mereka boleh bersenang-lenang.”

”Pada ketika ini di Manchester United, saya perhatikan mereka telah menjadi sebuah kelab yang ‘hanya membeli sahaja pemain’. Bagaimanapun terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan ketika sesi latihan, tetapi dengan pemain yang tepat,” tambah Parker lagi.

Kredit featured image: Alex Grimm – UEFA/UEFA via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Bruno Fernandes:

Bruno Fernandes Jawab Sindiran Mourinho Tentang Sepakan Penalti

 

Bekas Pengurus Yakin Bruno Fernandes Mampu Bergelar Kapten Man Utd

 

 

Bruno Fernandes: Terlalu Awal Nak Bandingkan Saya Dengan Cantona

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN